Pages

Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Bapa-dedicated to beloved abi :))

Dear Allah,
Thank you for choosing me to be the daughter of my abi...

Dear Abi,
Thank you, thank you, thank you....
Raudhah loves abi sooooo much...

Bila nak mkn appeton,
raudhah cari abi...
Bila nak makan scotts emulsion,
raudhah cari abi...
Bila ada nyamuk,
raudhah minta abi psangkan ubat nyamuk
Bila kena gigit nyamuk,
raudhah minta abi sapukan mopiko
Bila terlanggar dinding,
Raudhah cari abi nak sapukan minyak gamat
Bila di shopping complex,
Abi dukung/pegang raudhah all the way
Bila tengok wayang,
raudhah duduk di pangku abi
Bila nak mandi,
Abi ambilkan air panas untuk raudhah..

dan sampai bila-bila pun raudhah perlukan abi...

LOVE,

RAUDHAH AFRINA ELJAMEELA BINTI MUHAMMAD NUR HAFIZ

Tuesday, June 5, 2012

HOLIDAY STORY~~

31 Mei 2012:
10 pm: KL-penang.
2 am: Arrived Tok Su`s house. Tengok ramai tidoq dengan tangan duk kembang2..rupanya duk cover inai di jari hahaha...cik pengantin pun belum tidoq..duk sibuk ejas inai beliau..umi pun amek kesempatan pakai inai di belah kiri. nak pakai sepluh jari, tapi takut nnti payah nk susukan raudhah :p

1 Jun 2012:
pagi: pung pang pung pang ramai chef di dapur. oh dah siang baru perasan yg ramaiiiii sgt anak cucu cicit Tok Su ada kat umah ni.. gembira dihati dpt berkumpul ramai2 gitu..alhmdulillah nikmat Allah. Time abi bangun sarapan semua dah clear...so umi teman abi gi sarapan kat kassim mustafa bayan baru..raudhah ikut ke???takkk...sebab raudhah awal2 lagi dah tinggal umi..Raudhah ikut tok pi BJ.haha

tengahari: Ada tahlil ringkas selepas solat Jumaat. Juadah yg disediakan antaranya nasi putih, sambal udang,kari ikan, kerabu taugeh etc..sangat menyelerakan! Haruslah makan dulu sblm habis tahlil sbb xtahan tengok sdap sgt :)))

Asar: Siap2 nk ke masjid utk akad nikah. Umi dan abi sedondon wrna biru muda. pengantin warna putih.
Nikah di masjid Sungai Batu. Serentak ada empat mempelai hari tu. Everything goes well cuma kurang best sbb tak privacy n tak fokus pd sorg...kata pengantin, "mcm nikah sponsor". hehe. Dengan sekali lafaz, sah lah kak fisyah bergelar isteri kepada Asyraf :) Oh ya, lagi satu. lepas je akad, dah xleh amek pic. So semua kena sambung buat kat rumah...LOL. bek nikah kat umah je ye dak??

5.40 ptg: Selesai nikah, semua kembali ke rumah utk acara sarung cincin dan makan! kali ni makan buhun sup spesel dengan pelbagai kuih muih yg sedap. yeayyy...abi xtahan mkn bhun sup pedas katanya...tp tetap kenyang mkn popiaH dan kuih muih lebih 10 biji!

Selepas maghrib: Siap2 utk nak bersukan pula :)) Futsal di Batu Maung. fuhhh sgt happening. sbb raudhah pun ikut sekali!!! ALAMAK...org main, dia pun nak main.hehehe...Selepas sejam, akhirnya team abi menang dengan 11-10. Hebat kan?? antara pemain futsalnya adalah Pak Uda, Pak Njang, naim, Ijam,Abang syukhairi, lokman,kak cik, tikah, adik wan, fazli, faizal, imran. pemain cilik pula Ijan, danish dan paling cilik sekali RAUDHAH :))

midnite: pulang dari futsal dgn kaki sakit2, rehat kejap smbil tengok final SUPER SPONTAN. 11.30, umi, abi,makcik dan paklang ke queensbay sbb dah ada date dgn Snowhite n the huntsman. Raudhah tinggal ek. huhuhu.. sampai rumah dlm 2.30 pagi, terus pengsan tido nyenyak :P

2 Jun 2012:
Hari kenduri :) Suasana pagi agak tenang sebab hari ni kenduri pakai katering. So khemah, meja2, food disediakan oleh pihak katering. Tuan rumah sibuk bergaya aje la..Dari pagi queue bilik air. hehe. dan juga queue iron baju. LOL. ramai sgtlah sebenarnya...ahli rumah je more than 50 pax, masyaallah keluarga besar sungguh (",)

Umi abi sedondon purple. memang tema majlis warna purple. Abi siap bersampin. Semua org kata macam pengantin. Kat Penang mmg jarang sekali tengok lelaki berpakaian baju melayu lengkap sampin. Selalunya yg nk nikah je pakai sampin :p

Raudhah umi pakaian gaun pengantin siap veil sekali :)) and requested by raudhah herself, she wanted to wear tudung. ramai orang kata panas (memang sangat panas!) tapi xpe, biasa2 kan diri dgn pakaian tebal2 berlapis2 yea :))

Petang: dalam jam 5, tetamu beransur pulang. Umi siap2 tukar baju lain dan raudhah pun dah tukar dua tiga pasang baju hehhe. Abi yang sedari awal pagi semangat ke sana sini membantu apa yg patut, akhirnya keletihan dan tertido sehingga maghrib.

Malam: Seperti biasa, tokei ikan bakar Pkcik Hasan akan jemput semua makan kat restoran beliau for free!! tapi ramai yg dah keletihan so yg sedia nk serbu makanan hanya lah dalam 35 orang.
35 pax utk 5 meja reserved. paling best meja umi abi sebab meja kami paling sikit orang.ekeke.Hanya ada umi, abi, pakcik, pengantin lelaki dan perempuan serta pakngah. Dan kebetulan raudhah tido nyenyak atas riba umi masa tgh makan..so dapatla umi makan dgn tenang tanpa gangguan :p

3 Jun 2012:
Noon: Siap2 ke teluk Kumbar rumah Tok Yang. ada agenda menarik---> aktiviti membakar ikan keli dari A to Z. Juga aktiviti menikmati durian kampung yg enak nyum2. Sembilan ekor keli dibakar dan dimakan dgn sgt puas hati. Alhamdulillah rezeki Allah...Ikan keli tu Pakyang(ayah saudara) umi sendiri yg ternak. Pak yang ada kolam keli dan menternak more than 3000 ekor keli dalam satu-satu masa!

evening: Melayan si kenit raudhah. Ke pantai Tanjung Asam utk memberi pendedahan laut dan keadaan sekitarnya. Maklumlah kat KL xde laut..huhu. Raudhah sgt hepi mandi-manda. Raudhah sorang je yg mandi pun. Umi and abi malas nk salin baju.hehuuu..

nite: Umi nak pekena pasemboq kat Padang Kota :)) sebelum tu singgah batu Maung, tengok rumah baru Maknjang. Nice house. Dibina secara cash dgn duit EPF beliau berjumlah 55k...
Pegi Padang Kota dgn tok dan tok wan sekali. mak aiiihh mahal sungguh makanan kat sana. mahal kalau sedap takpe..ni taktau mahal punca apa.huhuhu. raudhah makan udang besar...byk ekor jugak..memang fav food raudhah adalah udang :)) then jalan2 kejap kat tepi laut n beli toys sikit. adatlah kan :p

4 Jun 2012:
bersiap untuk pulang :)))
lepas lunch, bergerak pulang sekali dengan pakngah...

Meninggalkan Pulau Pinang dengan 1001 kenangan indah.
Sampai datang lagi di masa akan datang
insyaallah (",)