Pages

Thursday, October 28, 2010

saat bahagia~

Raudhah-1 month

Berkahwin di usia agak muda(23 tahun)..aku tidak teragak2 utk bergelar ibu pada usia muda juga..Alhamdulillah tanpa disangka,selepas 8 minggu mendirikan rumah tangga, aku disahkan hamil anak pertama :D

----------------------------------------------------------------------------------------------

12 januari 2010:
selepas beberapa hari berkira2 utk melakukan ujian kehamilan (Urine Pregnancy Test) sendiri di rumah, akhirnya pagi selasa itu aku nekad utk melakukannya.bkn apa, rasa mcm masih awal lagi nak buat UPT ni..tp ramai yg menasihati supaya cepat tahu lebih baik..takut pula nanti lasak2 sangat tidak baik utk baby(if mmg ada baby lah mksdnya).
Pagi itu aku bangun awal dari biasa.diam2 ke toilet,xnk bg hubby tersedar..xnak konsentrasiku terganggu :D.perasaan sgt berdebar namun tidak ingin terlalu berharap takut kecewa pula..akhirnya..

pelan-pelan ke katil n kejut hubby.."yang...positif.."
lalu si dia menjawab dlm keadaan mamai lagi,"alhamdulillah...abang da agak dah hehe..."

Dlm perjalanan ke tempat kerja, kami segera hubungi ibu bapa di kampung.sooo eksited :D
namun di tempat kerja aku masih berdiam-tunggu nk pegi klinik utk 2nd confirmation :):)

Entah kenapa hati ini sgt2 terasa ingin share da good news dgn sumbody..soo di tempat kerja, time lunch,i called by bestfren, Suhana..

Me:.....hang nk tau dak..ada benda aku nk bgtau ni hehe..
Sue:hang jgn ckp yg hng da mengandung??(sambil ketawa)
Me: mana hang tau ni?haha....

perbualan kami berlarutan hampir 30minit!

Petang itu slps kerja, me n my hubby segera ke klinik swasta-Klinik Menara
First scan was awesome!Ada titik kecil dlm rahim ku saat itu. Dan doktor mengesahkan aku mengandung 6 minggu..syukur ya Allah..haa..maka bermulala segala ubatan yg perlu diambil-folic acid, iron, calcium.

saya tidak suka ubat :(:(

Friday, October 15, 2010

Raudhah Afrina Eljameela bt Muhammad Nur Hafiz

Raudhah 1 day old


Salam ceria di hari Sabtu :):)

Hari ni Yati nak perkenalkan puteri sulung Yati...

Raudhah Afrina Eljameela(Taman Syurga Putih kemerah-merahan yang indah) nama diberi kpd pasangan Muhammad Nur Hafiz dan Norhayati.Alhamdulillah slps hampir 10 bulan mendirikan mahligai indah, kami dikurniakan permata hati sulung ini..

Siapa yg beri nama ni?
hehe jwapannya : kami berdua :)-->ummi sgt menyukai nama Raudhah.Afrina pula ummi jumpa dalam buku nama-nama indah dalam Islam.Eljameela abi dapat idea masa tgh drive :p

Mengenang kembali detik melahirkan si kecil, tak tergambar dek fikiran akan pengalaman yg sgt bermakna itu.Peritnya tidak terkata.Terasa seperti "tobat xmau mengandung lagi" (tapi pelik sekarang dah hilang perasaan tu malah sangat rindu saat2 mengandung dulu) hahaha..namun segala kesakitan BERBALOI setelah mendengar tangisan pertama si kecil..Apa yg penting waktu itu "anak ummi dah selamat..lps ni segala kesakitan ummi rela tanggung sendiri asalkan anak ummi tak apa-apa.."bisik hati kecilku

Selepas melahirkan, kini ummi perlu berjuang membesarkan raudhah..mendidik raudhah agar menjadi muslim sejati..byk perkara yg perlu ummi belajar..Oh Tuhan..betapa besar pengorbanan seorang ibu..

Along sayang mama..sampai along dah jadi ummi pun mama masih manjakan along..masih menjaga along spt dulu..along akan usaha jaga mama sebaik mungkin..along akan berbakti pada mama hingga akhir usia..berkatilah ibuku ya Allah...


Raudhah Afrina Eljameela
HUKM
7 Sept 2010-28 Ramadhan 1431
0345am
3.63kg

Monday, October 4, 2010

INGIN BERKONGSI...

Salam ceria buat semua pelanggan Elhyatt Bizz yg disayangi :)

saya tiba2 terpanggil utk create personal blog utk owner Elhyatt Bizz Collections ni..
Sekadar ingin berkongsi cerita dgn pelanggan2 merangkap rakan2 semua :):)

Hari ini ada stok baru masuk..
1) JUBAH CHANTEK NURSING MOMMY
2) JUBAH KOLEKSI OKTOBER 2010
3) JUBAH SOFT COTTON TIARA

utk view koleksi, sila ke laman utama blog ya :)
koleksi adalah terhad.Harga sgt2 lah murah hehe..

Sekarang ni saya masih dalam pantang (hari ke-28)..makanya, masih tidak boleh terlalu aktif dan cergas spt dlu-sampai hari terakhir sblm warded pun saya masih sgt2 sibuk menguruskan perniagaan :p

Ok. sampai sini utk post yg pertama. Si kecil sudah memanggil-manggil umminya :)



ELHYATT PUNYA CERITA...

SALAM SEMUA :)