Pages

Monday, September 19, 2011

Dreams come true~

Kita selalu merancang namun Allah yang menentukan.
Kerna setiap sesuatu itu adalah dibawah perancangan Allah.
Dia yang Maha tahu tentang sesuatu.
kadang2 apa yg kita nak tak dpt, mgkn sbb hal itu tidak baik utk kita di masa akan dtg.
Atau dapat jugak apa yg kita nk tu, cuma mgkn lambat sikit..sesuai dgn keadaan dan kemampuan kita..

Alhamdulillah satu impianku hampir tercapai tidak lama lagi, insyaallah...
Hajat untuk memiliki sebuah bisnes berteraskan pakaian/butik sudah hampir termakbul..
Dalam hati rasa gembira, bersyukur dan lega sekurang2nya pengorbanan selama ini tidak sia2..

Namun yang pasti, kegusaran itu melebihi segalanya..
Dalam usia yg boleh dikatakan sgt muda, tambahan pula tiada langsung latar belakang pendidikan formal dlm bidang bisnes mahupun fesyen, kemampuan untuk menguruskan perniagaan pasti akan menjadi persoalan.
hanya bersandarkan minat dan keinginan untuk terus belajar.
Walaupun sudah hampir 2 tahun berkecimpung dlm bidang ini secara online, tp pastinya keadaan tidak sama di mana kini aku harus membayar sewa premis, gaji pekerja, kos-kos operasi, mengekalkan kualiti servis dan produk serta byk lagi hal yg pasti akan membuat kepala pening :p

mampukah aku menguruskan perniagaan ini?
Boleh bertahan sampai bila?
Adakah syarikat ini akan 'gulung tikar'?
Bagaimana dgn kebajikan para pekerja?
byk lagi perkara negatif yg bermain di minda..

Nauzubillah..
Mohon dijauhkan dari segala keburukan.

Moga Allah membimbing dan menunjukkan jalan..
Moga diriku tidak terlaku leka dgn urusan dunia...

Ingat balik cogankata masa kanak-kanak dulu:
D-doa
U-usaha
I-istiqamah
T-tawakal

jom buat DUIT :):)