Pages

Friday, December 30, 2011

Azam 2012

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia meniti hari untuk menanti tibanya tahun 2012..

Sebut pasal azam,ada banyakkkkkkkk perancangan utk 2012.
sangat banyakkkk :)

Untuk memudahkan pengurusan, saya bahagikan azam mengikut kategori.
Bagi menjaga privasi, saya list kan hanya keywords saja.supaya senang ingat dan mudah diamalkan hehe.

Bisnes/kerjaya:

  • Have stable monthly income, more than minimum amount expected
  • Kembangkan produk jenama sendiri
  • Mencapai target Sales setiap bulan
  • Have a complete module of online workshop
  • Register and start doing masters degree
  • boutique cum office renovation
Ekonomi/wishlist:
  • Have monthly savings more than minimum amount expected
  • new car
  • house
  • Camera
  • Coach
  • Home deco
  • Skin care
  • Body care

Family:
  • Holiday trips
  • Honeymoon trip
  • homeschooling Raudhah
  • Istiqamah masak everyday
  • Tabung Haji
  • Semakin hari semakin sayang :)
As Muslim:
  • Solat awal waktu
  • Recite AlQuran everyday
  • sadaqah
  • majlis ilmu
  • Solat sunat everyday
  • share ilmu
**All these yg terlintas di fikiran dikala Subuh ni...Will update bila ada pertambahan nanti :)**


Selamat Tinggal 2011

2011 menyimpan sejuta memori tak terungkap~~

Ada yg manis, ada yg pahit.

Moga 2012 lebih baik dari sebelumnya.

Saturday, December 17, 2011

SUSU IBU :)

Tips Membanyakkan Susu Ibu

[a] Berurut (dengan bidan).

[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:
  • Brokoli
  • Lobak Merah
  • Lobak Putih
  • Seleri
  • Kobis
  • Sawi Putih
  • Peria
  • Ulam Pegaga
  • Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]
Tips agar air susu ibu lancar:
  • Makan kulup daun betik setiap hari
    PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN

    EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

    Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

    ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

    * EBM = Expressed Breast Milk
    * Fresh EBM = Susu yg baru diperah
    * Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
    * Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

    BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

    * bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
    * bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
    * breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
    * Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

    Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

    Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

    * Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
    * Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
    * Kuantiti susu yang diperah
    * Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

    Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

    TEMPAT PENYIMPANAN

    SUHU BILIK?

    * Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
    * Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

    catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

    FRIDGE/FREEZER?
    Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
    Peti Sejuk (2 pintu)
    - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

    - pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

    (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
    (selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam

    Deep freezer, tahan antara 6 bulan
    Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

    BEKAS PENYEJUK?
    cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

    PERINGATAN:
    * susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
    * susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

    TIP DAN CARA PENYIMPANAN

    Di Pejabat

    * Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
    * Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

    Di Rumah
    Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

    * Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
    * Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

    Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

    *JANGAN BUAT!!! JANGAN BUAT!!!

    * Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

    * Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


    ===================================================

    Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh

    Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.

    • Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
    • Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
    • Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
    • Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
    • Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
    • Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
    • Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
    • Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
    • Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan, lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam


    Susu Ibu Sebatian Ajaib

    “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

    Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

    Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

    Memantapkan Sistem Imunisasi
    Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria “bermanfaat” yang dipanggil sebagai “flora normal” sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

    Kaya Dengan Nutrisi
    Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.

    Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

    Omega-3
    Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

    Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
    Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.

    Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.

    Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.

    Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.

    Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.

    Fakta tentang “Makanan Tersegar”
    Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

    Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

    Susu Ibu dan Kecerdasan
    Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.

    Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
    Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.

    Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

    Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.

    Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.

    Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

    Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
    Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.

    Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:

    “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; …” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

    Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

    Tips Pemakanan Semasa Menyusu Badan

    Di sini saya senaraikan beberapa tips pemakanan bagi ibu-ibu yang menyusu badan :)

    1. Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

    2. Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

    3. Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

    4. Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

    5. Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.

    6. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

    Bagaimana Susu Badan Terhasil??


    Apabila bayi menyusu, saraf dalam puting akan diransangkan dan merubah isyarat ke otak

    • Hormon prolaktin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian kilang pituitari
    • Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu

    Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak hormon dikeluarkan dan semakin banyak susu terhasil...

    10 langkah ke arah penyusuan ibu yang berjaya

    Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:

    1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
    2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
    3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
    4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
    5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
    6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
    7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (rooming-in) - membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
    8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
    9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
    10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik

    Wednesday, November 9, 2011

    update blog while driving



    Whoahhh tajuk macam gempak hehehe...


    *sempat taip perkataan di atas je masa drive td.now dah duduk selesa menanti makanan yg diorder*


    Semalam cubaan ummi utk hntar raudhah ke nursery tak berjaya.gagal sblm mencuba...adeh la..pagi tu elok ummi da siap sdia nk hantar,abi pulak bertanya mcm2 soalan yg dia dh tnya byk kali sblm ni...

    "Ok ke tmpt tu?"

    "Anak boleh ke minum susu botol?"

    "Mcm kena buli je cik odah nnti...ksian dia"


    Last2 abi ckp,"takyah hntr dlu kot...."


    -----------------------------------------------------


    Ummi pun bawaklah raudhah ke butik.

    Alhmdulillah jarak dr umah ke butik takla jauh sgt.

    Ikut jln dalam je.takyah ikut jln besar.lalu kwsn perumahan

    Dlm 5-7km ada kut. Biasanya dlm 15-20mnt leh smpai.

    Tp akibatnya.......

    Keja ummi caca marba!

    Butik ummi bersepah raudhah semakkan:(:(

    Ummi dpn lptop je,mula lah raudhah merengek nk susu..


    Ummi tension tp happy.

    Tension sbb keja ummi stucked.progress slow.

    Happy sbb anak ummi sayang ada disisi.

    Dpt tgk gelagat raudhah stiap masa..


    Published with Blogger-droid v2.0.1

    Tuesday, November 8, 2011

    colmar tropicale,bukit tinggi

    Published with Blogger-droid v2.0.1

    testing....

    Baru install application android kat tab ni.

    So kalo succeed,pasni akan boleh selalu update blog rumahku sekolahku ini...yeayyy alhamdulillah...

    Teknologi byk membantu memudahkan urusan dunia.


    (",)


    Published with Blogger-droid v2.0.1

    Tuesday, October 25, 2011

    Ilmu baru setiap hari

    Lama menyepi utk update blog ni.
    ada alasan lain ke selain sibuk?hehe

    Ok.
    Get to the point.

    Setakat hari ini, ummi rasa lebih selesa utk jaga Raudhah sendiri.Which means that, ummi akan bawak raudhah ke butik. sediakan tempat khas utk raudhah. Bila ummi ada meeting, ummi akan panggil tok temankan raudhah. dalam seminggu mgkn 2-3 hari je ummi ada meeting/urusan luar. So selebihnya, raudhah akan berada di bawah jagaan ummi.

    Selain drpd tujuan nk realisasikan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun, ummi taknak hantar nursery sbb risau beberapa perkara:

    1) Raudhah sgttt mesra alam. siapapun raudhah nk kawan. siapapun raudhah tak kisah didukung,terutamanya lelaki. walaupun biasanya org yg raudhah tak kenal raudhah taknak didukung, tapi finally bila dipujuk2, akhirnya raudhah mengalah jugak....haishhh risau amat lah...ummi anak baru sorang...or if ada 10 org anak pun, takkan sama mcm raudhah...no one can replace u my sweetheart

    2) Raudhah aktif dan agak nakal namun lembut dan tidak ganas. ummi memang menerapkan sikap lembut dan tidak ganas ini. dan mgkn juga raudhah mewarisi gene ummi yg tak ganas.hehe.ummi dah observe.raudhah suka sgt berkawan. tp selalunya kawan tu akan 'buli' raudhah. since raudhah kecik lagi, takkan ummi nk ajar suh buli kwn tu balik kan?haha. tp ummi nmpk raudhah ni jenis cpt serik. kalo sekali dibuli, terus dah tanak kawan dgn org tu...hmmm...kesimpulannya, mgkn umur 2 thn ke atas baru ummi hntr 'berkawan'. masa tu harap2 dah pandai cakap so boleh bagitau kat cikgu kalau ada org buli :p

    3)Anti botol susu. Ohh sayang. nmpknya anak ummi ni tak mcm baby lain. raudhah takde pun botol susu faveret.hehe.ummi dah penah cuba few times. tinggalkan raudhah dgn tok,supaya konon2 bila lapar raudhah akan minum jugak susu yg dibekalkan. tp nmpknya raudhah ni jenis cekal hati. tabah je kelaparan dan sanggup minum/makan apa saja selain susu yg dibekalkan dan tunggu smpai ummi balik then pulun minum susu habis2an! kalau bagi susu thru cawan, susu kotak dsb, raudhah minum je. tapi kalo bg thru botol susu, alamat dilemparnya botol tu ke tepi :(

    4)Cepat tiru perbuatan org lain. ni yg paling ummi risau bila dah berkawan ni...unsur2 negatif tu nanti mudah je raudhah nk tiru, nk ikut...

    Memandangkan raudhah akan bersama ummi setiap hari (insyaallah), ummi akan cuba pastikan ada ilmu baru yg dipelajari setiap hari. everyday is a learning day.
    Belajar bukan mksd nk kena belek2 buku je.
    anything yg boleh tambahkan ilmu..

    Setakat pemerhatian ummi, raudhah jenis suka belajar n mudah belajar secara 'real'. which means that, kena praktikkan or kena tengok sendiri.
    Sbg contoh, raudhah tahu cat sbb pnh tgk cat. dan boleh tunjuk kat ummi which one is cat dlm animal book. tp monkey raudhah tak reti sbb tak pnh tgk monkey lagi. so lps ni abi kena bwk gi zoo selalu lah :):)

    Thursday, October 13, 2011

    DILEMA

    Lately mmg ada byk DILEMA yg perlu ummi fikirkan.

    Meh kita kongsi sama2:

    + Dilema nk hntar Raudhah bawah jagaan siapa??

    Ni lah dilema yg paling dilema sekali.huhu. Sejak lahir belum pernah berenggang. Raudhah pun fully direct bf. And yet ummi still boleh bwk Raudhah gi butik. Tapi disebabkan semangat ingin tahu sayang yg amat tinggi, habis lah baju2 ummi disepahkan. Habis jugak patung2 dijatuhkan. Lagipun ummi kena pertimbangkan jugak kualiti masa kerja ummi. Sbb ummi dah minimumkan masa kerja dlm 6jam je waktu siang, so kalo boleh biarlah 6jam tu gerak kerja ummi pro-aktif.
    Juga ummi kena pertimbangkan masa rehat Raudhah. Selalu kalo ikut ummi gi butik, Raudhah akan kurang tido siang. Ikut ummi ke sana sini. So nnti efek perkembangan mental n fizikal sayang.

    Apa yg ummi fikirkan sekarang adalah:
    1) Cari nursery yg sesuai-Ni kena tengok byk aspek ni~~

    2) Dalam seminggu tu, ada lah sehari dua ummi tak hantar Raudhah nursery
    (Ikut ummi gi butik)Depends pd kerja ummi. Kalo mcm free sikit, ummi bawak masa tu :)

    3)Teruskan bf mcm biasa. Cuma sulamkan dengan susu formula in emergency time. Buat masa ni ummi suka utk pilih Susu Ilham. Ummi nak Raudhah boleh minum susu formula sbb ummi taknak Raudhah jadi mcm ummi. smpai beso ni tak reti2 nk minum susu tepung. huhuhu. sbb dari kecik fully bf smpai 2thn setengah.pastu minum milo je,susu nehi! :p

    Part nak cari nursery tu yg payah...
    So bulan ni syg bekepit dulu lah dgn ummi ke butik hehehe

    Rutin Harian

    Sejak menguruskan butik mulai 1 Oktober lalu, ummi lebih menghargai masa bersama Raudhah.
    Dan ummi perlu mula belajar menguruskan masa dgn sangat2 bijak supaya setiap saat tidak terbazir begitu saja.

    Berikut adalah rutin harian ummi:

    + Pagi lps Solat,ummi kena terus siap-siap--->Siapkan pakaian abi, siapkan sarapan dan siap2 kemas rumah apa yang patut. Masa ni biasanya Raudhah belum bangun. Jadi ummi ada personal time. Boleh la nk mengaji ke, mengemas, merapikan diri dsb.

    +Lepas abi gi keje n dah habis semua kerja rumah ummi, ummi terus online. kira2 kul 9 pagi macam tu. Tapi kdg2 abi keje lbh awal or lbh lambat. Depends lah kan. Cuma ummi tetapkan jam 9, ummi dah mula "kerja"

    +Online sampai Raudhah bangun (around 10 pagi) So dah boleh main2, mandikan sayang dsb.
    Pastu boleh siap2 ikut ummi gi butik (since skrg Raudhah belum ada pengasuh)

    +Ummi target balik umah sblm 5 ptg. Saja nk elakkan jem.hehe. Pastu kalau abi pun free, boleh terus jalan2 shopping/berlibur/riadah di taman. Kalau tak,balik rumah terus je.

    +Maghrib: Jemaah dgn abi dan mengaji dengan Raudhah

    +Malam ummi siapkan dinner ringkas. Cukup utk ummi n abi makan. Kalo ade tusyen, ummi mengajar. Kalo tak, rehat2 je, online dan update apa yg patut :)

    * Ummi tengah fikir waktu yg sesuai utk homeschooling raudhah. Mungkin mlm atau pagi sblm gi keje. Nanti kita tgk mana yg lbh sesuai ok sayang?

    Monday, September 19, 2011

    Dreams come true~

    Kita selalu merancang namun Allah yang menentukan.
    Kerna setiap sesuatu itu adalah dibawah perancangan Allah.
    Dia yang Maha tahu tentang sesuatu.
    kadang2 apa yg kita nak tak dpt, mgkn sbb hal itu tidak baik utk kita di masa akan dtg.
    Atau dapat jugak apa yg kita nk tu, cuma mgkn lambat sikit..sesuai dgn keadaan dan kemampuan kita..

    Alhamdulillah satu impianku hampir tercapai tidak lama lagi, insyaallah...
    Hajat untuk memiliki sebuah bisnes berteraskan pakaian/butik sudah hampir termakbul..
    Dalam hati rasa gembira, bersyukur dan lega sekurang2nya pengorbanan selama ini tidak sia2..

    Namun yang pasti, kegusaran itu melebihi segalanya..
    Dalam usia yg boleh dikatakan sgt muda, tambahan pula tiada langsung latar belakang pendidikan formal dlm bidang bisnes mahupun fesyen, kemampuan untuk menguruskan perniagaan pasti akan menjadi persoalan.
    hanya bersandarkan minat dan keinginan untuk terus belajar.
    Walaupun sudah hampir 2 tahun berkecimpung dlm bidang ini secara online, tp pastinya keadaan tidak sama di mana kini aku harus membayar sewa premis, gaji pekerja, kos-kos operasi, mengekalkan kualiti servis dan produk serta byk lagi hal yg pasti akan membuat kepala pening :p

    mampukah aku menguruskan perniagaan ini?
    Boleh bertahan sampai bila?
    Adakah syarikat ini akan 'gulung tikar'?
    Bagaimana dgn kebajikan para pekerja?
    byk lagi perkara negatif yg bermain di minda..

    Nauzubillah..
    Mohon dijauhkan dari segala keburukan.

    Moga Allah membimbing dan menunjukkan jalan..
    Moga diriku tidak terlaku leka dgn urusan dunia...

    Ingat balik cogankata masa kanak-kanak dulu:
    D-doa
    U-usaha
    I-istiqamah
    T-tawakal

    jom buat DUIT :):)

    Wednesday, August 24, 2011

    SYURGA WANITA ADALAH DI RUMAH~~

    السلام عليكم


    Copy paste artikel ini kerana ianya penting untuk dijadikan pedoman. Ya, kdg kala diri banyak mengeluh, merungut dsb..

    :(:(:(:(


    sumber: rahsia hati nadiah , One Simple Mother

    Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya baca dari sebuah buku bertajuk "Kelebihan Wanita Solehah" oleh Jaffar Salleh. Buku ini milik arwah nenek saya, yang saya ambil untuk membacanya. Diharap perkongsian ini dapat menyalurkan pahala buat nenek saya yang telah kembali ke rahmatullah 6 Ramadhan yang lalu.

    Rumah adalah pusat kegiatan para wanita. Rumah adalah syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka yang telah digariskan oleh Allah dan rasul.

    Berbeza dengan kaum lelaki, gelanggang perjuangan mereka di luar. Segala pahala mereka ada di luar rumah. Tetapi sebaliknya bagi kaum wanita mereka dengan mudah sahaja memperolehi pahala di dalam rumah dan di sekitar perkarangan rumah mereka sendiri.

    Dalam sebuah hadis Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya:-

    "Wanita yang tinggal di rumah bersama-sama (mendidik dan mengurus) anaknya, dia di akhirat akan tinggal bersama-sama dengan aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga."

    Suatu hari Rasulullah SAW datang menziarahi anaknya, Siti Fatimah RH dan didapati Fatimah sedang menangis. Rasulullah SAW bertanya, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai Fatimah?"

    Jawab Fatimah; "Wahai ayahku, aku menangis kerana aku amat letih mengisar tepung dan menjalankan kerja-kerja rumah. Sekiranya dapat, ayahanda tolonglah suruh Ali belikan seorang hamba untuk menolong segala kerja-kerja ini dan ia akan menjadi suatu kurniaan yang besar kepadaku."

    Mendengarkan aduan anak itu, Rasulullah SAW sedih dan mengalirkan air mata. Baginda pun menghampiri batu pengisar tepung itu bertujuan untuk membantu anaknya dan ia mengambil segenggam gandum dan ia memasukkan ke dalam batu pengisar tersebut sambil membaca Bismillah.

    Tatkala Rasulullah SAW memasukkan tepung, maka batu pengisar itu pun bergerak-gerak dengan sendirinya tanpa dipegang dan dikisar oleh tangan yang amat mulia itu, sambil batu itu mengucapkan tasbih dengan bahasa yang amat indah sekali sehingga selesai mengisar gandum itu.

    Setelah habis gandum itu dikisar, Rasulullah SAW berkata kepada batu itu: "Diamlah wahai batu pengisar."

    Ketika itu juga Allah telah mengizinkan alat pengisar itu boleh berkata-berkata dengan bahasa yang amat fasih sekali, ia pun berkata, "Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, sebagai seorang Rasul dan sebagai seorang yang paling amanah, bahawa akan diam selagi engkau tidak memberi jaminan kepada aku bahawa aku akan ditempatkan oleh Allah di dalam syurga dan dijauhi daripada api neraka."

    Rasulullah SAW pun berkata; "Wahai batu, engkau walaupun batu tetapi engkau takut kepada api neraka."

    Batu pengisar itu berkata; "Wahai Rasulullah SAW, aku telah mendengar satu ayat daripada al-Quran; wahai orang yang telah beriman, jauhilah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan pembakarnya daripada manusia dan batu-batu. Di atasnya terdapat Malaikat yang amat garang dan tidak pernah ingkar dengan perintah Allah."

    Dengan sifat belas kasihan Rasulullah SAW pun mendoakan keselamatan untuk batu tersebut. Setelah selesai Nabi SAW berdoa, maka Allah mengutuskan Malaikat Jibril kepada beliau.

    Kata Malaikat Jibril; "Wahai Muhammad, Tuhan yang baginya segala pujian dan Yang Maha Tinggi telah mengirimkan salam penghormatan kepadamu dan Ia sekaligus berpesan; berilah khabar gembira kepada batu itu, bahawa Allah telah melepaskan batu itu daripada api neraka dan ia diletakkan bersama-sama batu-batu syurga di dalam Istana (Mahligai) Fatimah di akhirat, di mana ia akan mengeluarkan cahaya yang terang menyinar mahligai itu bagai sinar matahari dunia ini".

    Berita itu pun disampaikan kepada batu tersebut dan sambil baginda memandang anaknya Fatimah dan berkata; "Sekiranya dikehendaki oleh Allah, pengisar ini akan boleh bekerja dengan sendirinya seperti mana yang engkau lihat tadi bagi membantumu, tetapi Allah mengkehendaki engkau perolehi pahala dan Ia hendak mencatitkan kebajikan dan meninggikan darjatmu di sisinya kerana kerjamu yang amat berat dan memenatkan itu."

    "Wahai Fatimah", sambung Rasulullah SAW lagi, "Kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak-anaknya) Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka (bagi menghalang bahang api neraka itu), dan jarak di antara satu parit dengan satu parit sejauh dengan bumi".

    "Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasakkan kepada ahli rumahnya, maka Allah akan mencatitkan pahala sebanyak yang diberikanNya kepada orang yang menangis takutkan Allah".

    "Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatitkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah akan menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya)".

    "Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya), Allah akan menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat". (Dalam satu riwayat lain disebut ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberikan pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian).

    "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat mencuci pakaian, mencuci dan membersihkan anak-anaknya, maka Allah akan membalaskan perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri-seri (di akhirat) di mata orang yang melihatnya".

    -Hadis Riwayat Abu Hurairah-

    Nabi SAW pada suatu hari telah bersabda kepada anaknya Fatimah;
    "Mana-mana wanita yang melayani suaminya, menyikat rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan siksaan ketika sakratulmaut, di dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas dari siksa neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan".

    Wassalam..

    Wednesday, August 17, 2011

    Persiapan Raya 2011

    Raya tahun ni insyaallah lebih meriahhhh dari biasa...

    Semuanya disebabkan kehadiran si kenit, Raudhah Afrina Eljameela..

    tahun lepas, 2010, masa 1 Syawal cik Odah baru berusia 4 hari..tau tidoooo je..

    Insyaallah tahun ni, apa orang makan, cik Odah mesti nak rasaaaaa jugakk..

    Baju raya ummi dah sediakan : 3 pasang baju kurung, beberapa pasang baju yg memang tak tahan tengok kena beli jugak sbb cute, dan beberapa pasang lagi baju yg dihadiahkan utknya yg masih belum pakai sbb sblm ni tak muat :D

    Insyaallah juga tahun ni Cik Odah akan beraya bertudung :)
    Sehingga hari ini, sudah tiga hari berturut2 cik Odah keluar bertudung dan ummi tgk cik Odah selesa.
    Moga cik Odah akan terus selesa bertudung untuk hari-hari seterusnya amin..

    Untuk ummi:
    Ummi hanya sediakan sehelai nursing inner. Ini penting sbb nnti nk jalan2 pastu kalo kena pkai baju yg kena ada inner, lebih selesa jika pakai nursing inner untuk breastfeed Cik Odah..
    lain2, ummi pakai baju sedia ada dan mungkin akan 'beli' baju di butik ummi je hehehehe. Jimat betul abi. Tak payah susah2 beli baju ummi :p

    Untuk abi: Akan dapatkan sepasang baju melayu saja. Baju lain tak payah dah sbb abi selalu je shopping baju baru..Penuh dah almari dgn baju2 abi haishhhh

    Keperluan rumah:
    Sebab ni kali pertama ummi akan beraya dgn lebih 'Sempurna' sbg isteri dan juga ibu, ummi agak lebihkan keperluan rumah kali ni. tapi takla sampai kena tukar langsir baru, sofa baru, meja baru etc. Sederhana saja :D Yang penting, ummi buat kuih raya sendiri tahun ni. No kuih tunjuk2 ok! :p

    Cinta Utara-Selatan

    waaa perjalanan merentasi sepanjang lebuhraya PLUS akan berlaku nanti.
    Doakan segalanya selamat dan lancar.


    Amin...

    Friday, August 12, 2011

    Jiran Denai Alam

    Zaman serba moden ni,
    kenal jiran pun online je hehe
    pastu baru lah beramah mesra secara offline
    Mujur jiran2 Denai Alam ni up to date semua (ada tenet kan hihi)

    Paling terkini mengenali Mai, seorg Account Manager di Kelana Jaya.
    Beliau sedang sarat mengandung anak pertama.
    Rumah selang beberapa pintu saja.

    Rumah kami nombor 127, rumah Mai nombor 130 :)

    Lagi satu, Fifie namanya. Sebaya.
    Ada seorang bayi perempuan, nama Raudhah jugakkk :D
    Raudhatul Auliya.
    Rumah jauh skit. kena naik kereta jugak lah sbb penat kalo jalan hehe.
    Rumah fifie besar...Corner lot.
    Fifie ni businesswoman jugak.

    Alhamdulillah.
    Semoga di masa akan datang, dapat kenal lebih ramai lagi di kejiranan sini.

    Ukhwah fillah abadan abada~~~

    Saturday, August 6, 2011

    Sebulan lagi???cepatnyeee



    Esok, 7 Ogos 2011
    My sweetheart will turn 11 months in age.
    Maknanya sebulan lagi dah setahun

    MasyaAllah
    ummi rasa sgtttt cepat masa berlalu.

    Until today, ummi nk summarize sikit progress sayang ye :):)

    • Dah dapat kaki :):)Waaa suke leww teww...dah boleh jalan anak ummi ni..tahniah tau.akhirnya berjaya juga :D
    Raudhah start bertatih masa 8bln lbh.masa tu,satu tapak,jatuh.dua tapak,jatuh. tapi ummi tak marah or tak kesah sayang jatuh..pastu masuk 9 bln,dah boleh 4-5 tapak camtu.dan akhirnya masa 10bln setengah,sayang dah boleh jalan sendiri!!!see, practice makes perfect kan..
    sebenarnya ummi sangat suka tgk Raudhah yg tak mudah putus asa. Ummi harap sikap ni akan berterusan sampai bila2.


    • Mula cakap ikut 'bahasa' ibunda kamu :P
    hehehe..bahasa ibunda mksdnye bahasa raudhah yg ummi kena usaha nk paham.its more to isyarat or signal lah,so dat ummi leh paham.contohnye mcm bila nk susu,raudhah akan merengek yg bunyinye khas utk susu je.atau pun sayang akan angkat sebelah kaki! cute kan?ade ke angkat sebelah kaki utk mnum susu?hahaha kelako :p
    Kalo nk bgtau sayang poo poo..ade jgk isyarat die. mcmana ummi tau??
    ok satu mlm tu ummi buat 'eksperimen'

    ummi tau dah yg sayang poo poo.tp ummi nk tggu syg bgtau sndri kat ummi.
    so few minutes later, syg gomoi2 ummi then bg isyarat tersebut.
    tp ummi wat dek.
    ummi kata:"nak ape???bgtau lah...tak bgtau mcamna ummi nk paham..."
    so syg pun ulang tindakan yg sama.

    esoknya bila sayang poo poo lagi
    ummi tggu syg bg isyarat tu jgk
    And yes. isyaratnye sama!
    ummi sengih2 sndri hehehe

    Sampai 3 kali eksperimen, ummi dah boleh come out dgn satu kesimpulan lah
    Hipothesis accepted!


    Oh ya!
    ade sayang sebut papa mama jugak.then kdg2 "miiiiii" jek. mgkn untuk singkatan ummi kot hehe
    • Menari bila dgr music dan bermain
    Bila dgr music best, sayang akan 'menari'. menari gerak2 tangan dan gerak2 badan depan belakang. camtu lah...pastu syg suka men sep sep sep tom tom tom.
    tepuk tangan now dah berbunyik (dulu tepuk tp takde bunyi hehehe).

    • Salam, tata(goodbye), dan isyarat2 lain yg mudah
    All these actions sayang dah pandai buat.

    • 7 batang gigi
    Sejak usia 10 bulan, syg ade 7 gigi dah. alhmdulillah wlaupun ade byk gigi,syg tak gigit ummi masa menyusu. cuma kadang2 tu bila tertido tgh menyusu,sy akan tergigit ummi. adeh. sakittt sgt :(

    dan sebab ade byk gigi, syg mmg tak suke mkn mknan bayi. sbb mknan bayi lembik2 takleh gigit kan. So ummi used to give ptongan carrot,epal atau apa2 sayur dan buah yg best utk syg mkn. French fries n nugget pun raudhah dah pndai mkn. senang lah nk bwk gi kfc nnti :p

    • Rambut lurus yang halus dah tumbuh byk jugak cuma belum boleh ikat :D

    Friday, August 5, 2011

    Salam Ramadhan Kareem

    Hari ni hari ke lima puasa..
    lambat skit nk buat ucapan hehehe..
    sibukk lah sgt apa nk buat :(:(

    Ramadhan kali ini amat bermakna buat ummi.
    Sbb ni kali pertama sambut Ramadhan dgn Raudhah.
    Dan boleh dikatakan Ramadhan pertama jugak sambut dgn abi.
    Kenapa??

    nanti ummi cerita next entry,insyaallah :)

    Ummi berazam untuk sediakan juadah berbuka dan sahur sebaiknya.
    Alhmdulillah ummi kerja dari rumah, jadi hal ini memudahkan urusan ummi memasak.
    Selain mendapatkan berkat dan kemuliaan ramadhan sebagai seorang isteri,
    ummi juga nk tajamkan skill memasak ummi.hehehe..
    Moga Allah memudahkan kerja ummi.

    Sehingga kini ummi mcm dah ingt2 lupa apa yg ummi masak utk abi.
    Meh nk list kan so nnti takla asek ulang resepi sama.

    ------------------------------------------------------------
    Day 1 sahur: Kari ayam,sayur sawi cina,telur dadar
    Day 1 iftor: Sambal tumis udang, ayam berempah masak madu, sayur kobis
    Day 3 sahur:sardin,kacang panjang goreng,ikan masin
    Day 3 iftor: Kari ikan,sotong halia masak kunyit,sayur campur,ikan goreng
    Day 5 sahur: Sambal ikan bilis,tempe goreng,kacang panjang goreng

    Buat permulaan, sekurang2nya selang sehari ummi akan masak untuk berbuka.
    Dan sahur pula, ummi akan masak walaupun seringkas mungkin.

    cite pasal masak je...
    tarawih ummi mcmana??

    Tarawih pertama ummi dan abi ke masjid shah alam(tak bwk raudhah)
    Tarawih kedua di surau kat rumah(ummi bwk raudhah) tp ummi dpt jemaah trawih 2 rakaat je.
    kenapa???

    nnti ummi cite next next entry :p

    Jadi ummi tarawikh di rumah je kalo xde sape yg ada nk tgkkan raudhah.

    tp nnti ummi nk bwk raudhah gi surau lagi.
    xpe je kalo dpt 2 rakaat pun.
    yg penting niat ummi nk raudhah dpt suasana baru.
    Yes, u`ve learned sooo fast dear.

    ummi bersyukur sangat.
    Alhmdulillah ya Allah.

    p/s: moga dpt ummi khatam Alquran juga, insyaallah amin..

    Sunday, July 17, 2011

    Gelaran untuk Bayi dewasa :)

    Gelaran ummi beri pada Raudhah ada banyak....
    Ni list sehingga sayang umur 10 bulan
    (akan dtg ummi tak pasti hehehe)

    " Bayi dewasa"
    Ummi suka panggil Raudhah bayi dewasa. Taktau kenapa. Ummi rasa Raudhah ni lebih 'dewasa' dari usia. Kalau pun tak, ummi memang doakan Raudhah lebih cpt matang/dewasa dari usia sebenar. Lagipun kadang2 tindakan/perbuatan Raudhah mcm dah besar..So ummi pun suka panggil "bayi dewasa"

    "Cik Odah"
    Hehe. Ni kalo tak silap ummi, abi yg first2 panggil cik odah. comel kan?

    "Hai, Cik Odah"
    "Cik Odah tgh watpe tu?" Kata ummi bila tinggalkan sayang kat tok.

    "Manis"
    ni masa Raudhah kecil dulu (like at 3months old). you are my sweety2 pie. Raudhah suke sgt senyum. Biasanya Raudhah memang jarang ketawa. Tapi senyum boleh dikatakan tiap masa :D
    So ummi suka panggil "manis"...mcm gula je ummi rasa hehehe

    "Comel"
    Ni abi suka panggil.

    "Comel lah awak ni" Kata abi kat sayang. Macam pakwe tgh puji awek kan??uhukuhuk

    Saturday, July 16, 2011

    Mahu beli camera baru plissss...

    Mesti kumpul duit untuk beli camera baru,oke??

    Yelah, tadi masa ummi n abi tengok match Malaysia VS Liverpool kat stadium Negara Bukit Jalil, camera ummi la yang paling tak canggih sekali..

    Semangat nk snap sana snap sini terkubur begitu saja.
    Cuma happy n puas hati dpt tgk match tu secara live :):)

    Nak tahu ke final score die???

    Malaysia 3-Liverpool 6.

    Ummi bangga tgk anak malaysia mampu bersaing dgn pemain taraf World.
    Jgn tgk nombor 6 tu, tengok nombor 3 tu hehehe...bkn senang nk sumbat 3 gol oke?

    Dan satu lagi ummi suka sbb match time was 5:45pm to 7:30pm.
    Sempat lah umat Islam menunaikan solat Asar dan Maghrib dlm keadaan tenang alhmdulillah..

    Actually ade few pics yg ummi snap..
    enjoy :)

    Abi dpt beli tiket cheaper than price shown, alhamdulillah

    Semangat abi berkobar2 :)
    rasanya tak sampai 10% fans yg menunjukkan sokongan terhadap pasukan Malaysia.
    Sedih juga sbb kita org Malaysia tak support team sendiri. Sokongan moral sbnrnya sangat penting dlm menbantu kemenangan atau kejayaan seseorang.

    Abi said, "Kalau Real madrid datang pun, Akan tetap sokong Malaysia"
    Ummi bangga dgn semangat patriotik abi hehehe

    Thursday, July 14, 2011

    HOW I RAISE MY BABY part 1

    Setiap ibu ada cara masing2 membesarkan anak mereka.
    Sebenarnya, takdak istilah "eh, salah la buat mcm ni", "la, tak boleh buat mcm tu", "kena mcm ni baru betul" dsb dlm membesarkan anak. sebab bg ummi masing2 ada caranya.

    Ummi taknak komen cara org jaga anak.
    Tapi ummi nak share mcmana cara ummi jaga Raudhah.

    1. Ummi berhasrat untuk menyusukan Raudhah sehingga 2 tahun.

    Ada sesetengah pihak tidak setuju pada awalnya bila ummi nk fully bf raudhah. Alasannya, nnti susah nk tinggal, macamana nk keja dsb. Tapi ummi berazam akan cuba juga selagi termampu.
    Alhmdulillah hingga kini ummi masih mampu menyusukan Raudhah. Ummi akui byk dugaan dlm menyusukan anak ni. Dan ada beberapa perkara yg perlu ummi ambil perhatian dan pedoman untuk masa akan dtg (Bila nk susukan adik raudhah nnti hehehe)

    masa mengandungkan syg ummi dah fikir mcamana cara utk dpt fully bf syg. Dgn izin Allah, ummi dibukakan hati utk mulakan bisnes online masa syg 4 bulan dlm perut ummi. Abi pula menyokong 100% utk ummi kerja dari rumah sbb dpt jaga syg spt yg ummi nak.. Syukur sgt.
    Jadi, disebabkan ummi kerja dari rumah, ummi tak byk stok susu EBM sbb most of the time adalah direct bf. Ummi beli pam susu medela harmony. Sbb selalu direct bf, once in a while bila ummi ada urusan luar, syg refuse utk minum EBM :( byk kali ummi cuba tp syg takmau jugak. Disebabkan urusan luar ummi boleh adjust time ikut masa ummi, so ummi akan timing ikut keperluan syg. sbg contoh, masa syg dlm 5-7 bulan, maksimum boleh tinggal around 3-4hours. mcm sekarang 10 months, boleh tinggal around 6-7hours :p

    ***BERSAMBUNG***

    PERUBAHAN TEMA BLOG :)

    Kini kembali :)

    Lebih kurang sebulan menyepi.
    Sebenarnya byk sgt nk share tp mcm xsempat, tak larat dan malas huhuhu.

    But then, ummi realize yang ummi kena ada simpan 'kenangan' untuk Raudhah bila besar nanti.
    Kalau dulu2, ummi ni rajin jugak tulis diari sebelum tido.
    Tapi sekarang ni jgn harapkan diari, kertas dan pen pun entah ke mana :p
    Banyak masa ummi dihabiskan depan laptop utk urusan bisnes ummi selain kerja2 lain.
    Memang tak nyempatlah nk jot down dlm buku nota what-so-ever.

    Finally ummi decide nk spesifikkan blog ni untuk perkongsian ummi dgn raudhah bila sayang besar nanti..insyallah bila sayang dah boleh membaca n pandai bukak blog, sayang boleh baca apa yg ummi tulis ni :D:D

    So basically, ummi tak buat blog ni in terms of nk 'buat duit dgn blog', or nk kumpul duit nuffnang ke etc. Tujuan ummi adalah satu- untuk rujukan/kenangan/pedoman untuk anak ummi nanti :):)

    Saturday, June 11, 2011

    quick update :p

    Sebab last week dah bercuti panjang,
    so weekend ni rest kat umah je.

    Encik suami keje (jumpe klien dari pagi sampai malam)
    So aku pula membusykan diri dgn bsnes :p

    Nak siapkan blog utk bisnes baju baby n kids n ummi pulak :):)

    Suke sgt tgk baju bby comei2 hehehe...
    anda suke tak??:)

    Thursday, June 9, 2011

    sibukkkk nye :(:(

    Tak pernah terfikir utk jadi bisneswoman seawal usia ini...
    namun perancangan Allah adalah yg terbaik.

    Mudah2an dipermudahkan segala urusan.

    Setiap hari adalah hari yg sibuk.
    Dush!

    Cuti 3 hari minggu lepas tapi rasa mcm lamanya cuti!

    Tiba2 rasa nk belajar ilmu keusahawanan secara formal.
    Sambung master mungkin?? :)

    Wednesday, May 25, 2011

    NEVES....

    This is about my business...
    Agak neves sikit..
    Tapi redah aje...
    Kenape ye??
    heee...
    Will story more bila tiba masanya...
    Till now, berdoa mohon yang baik2 saja ya :):)

    Saturday, May 21, 2011

    Cerita progress Raudhah~~

    See. I can stand alone now. Cant wait to walk~~

    Raudhah happy smile :)

    Sonoknye mandi kolam, ummi...


    "sayang, hari ni ummi nak cerita pasal sayang je hehehe..."

    Ok. sekarang Raudhah berumur 8bulan 2 minggu.
    waaaa terasa begitu cepat masa berlalu :D

    Ok. Here ummi list kan progress sayang yg terbaru n terkini ye!

    1. Gigi sayang tumbuh 2 batang di bawah. Masa tu sayang 7 bulan++. Ummi rasa mcm tumbuh sekaligus 2 batang. hehe. Alhmdulillah sayang takde demam mase nk tumbuh gigi pertama ni :)
    2. Rambut sayang dah byk. Panjang tp halus sgt. Dan tidak hitam. Rasanya rambut sayang nanti jenis lurus. Ummi suke :D
    3. Sayang tak suke makan makanan baby :(:( Masa 7bln++ sayang rely on susu ummi je...bagi makan ape semua tanak. Makan la jugak tp sikit sgt. Pastu mula la buat2 muntah, main2.haishhh.. But now, ummi bagi sayang makan nasi terus :) ummi lenyek2 bg hancur skit sbb kalo hancur terus(mcm bubur) confirm syg tanak! Ummi agak sayang ni nak cepat besar kan...hehehe
    4. Sayang ummi suka senyum :):) manis. Jarang menangis. Biasanya merengek time nak susu saja. Very frenly.like Abi :p
    5. Anak perempuan ummi ni 'gagah' n kuat mcm anak lelaki :D sayang tak cengeng. kena inject pun tak nanges teruk. sikit saja. Very easy to calm down. Pastu kalau jatuh ke, ape ke time main2, sayang kuat! Ummi harap sayang kuat n tabah sampai dewasa ya :):)
    6. Sayang ummi ni such a good observer. Suka memerhati. macam-macam mimik muka keluar time sayang tengok2 org or benda. Jadi ummi suka bawa sayang ke tempat2 baru supaya sayang dpt tgk benda2 baru.
    7. Hari ni ummi bahagia sgt tgk syg dah boleh menapak about 1 meter tanpa sokongan! walaupun byk kali cuba, syg tak putus asa. sayang usaha jugak nk jalan sndiri....bila dah boleh tu, hepinye ummi tgk sayang.
    8. sayang sgt suka air! mcm abi. so ummi akan byk bwk syg gi pool, sungai utk mandi manda ya :)
    Kesimpulan: Physically Raudhah might be more like ummi`s...tp perilaku, sikap n sifat byk mewarisi gene abi :)


    Raudhah wif earings?Oh no.cepatnye ummi :D:D


    heee...
    tanggal 11 Mei 2011, Raudhah selamat ditindik telinganya.
    umur 8bulan4hari..

    Ummi bukan apa..
    ramai sgt yg duk tnya,"bby ni laki ke pompuan?"
    adoi..
    so ummi dah malas nk jawab, biar earings tu yg menjawabnya hehehe.
    (takkan bby boy pakai subang plak kan :p)


    Friday, May 20, 2011

    AZAM BARU

    Tiba-tiba harini rasa bosan plak tgk blog lame x hapdate...
    padahal blog bsnes boleh plak hapdate hari-hari :p

    Yelah.
    personal life ni nak share kena tapis2 sikit..
    ada yang boleh dikongsi, ada yg perlu jadi rahsia :)
    So it needs more time to write even a simple entry.Dush!

    Tapi rasa nk berazam baru lah...
    atleast setiap minggu wajib nak ade new entry.
    kalo lebih lagi bagus hehehe.

    kawan-kawan, kalau sy terlupa nk hapdate, tlg ingatkan eyh (",)

    Sunday, May 1, 2011

    IKLAN SEKEJAP :):)

    PROMOSI BORONG JUBAH EKSKLUSIF RM100/pcs!!!

    SALAM CERIA:)

    Kami ingin nmenceriakan hari anda dgn promosi GEMPAK ini :)

    Jom borong jubah eksklusif dengan hanya RM100 sehelai!!!!

    sangatt3 terrrpalingggg muraahhhhh (",)


    Minimum belian hanya 6 helai..boleh campur2 design, size, warna.
    Anda boleh beli untuk jual semula (untung 100%), atau beli pakai raya (wahh dah ada 6helai baju raya utk tahun ni!!!) atau beli untuk hadiahkan pada yang tersayang.semua boleh :):)

    Ada lebih 50pcs jubah ekskusif untuk diborong!!!!
    Jubah yang termasuk dalam kategori jubah eksklusif adalah:
    JUBAH EKSKLUSIF MAHKOTA-MARKET PRICE RM200 ABOVE
    JUBAH EKSKLUSIF KAFTAN BUTTERFLY-MARKET PRICE RM180 ABOVE
    JUBAH DRESS NAJWA-MARKET PRICE RM150 ABOVE
    JUBAH SEMI KAFTAN ELMINA-MARKET PRICE RM150 ABOVE

    PILIH PILIH JANGAN TAK PILIH!!!
    PROMOSI NI TAK LAMA TAU....
    JADI SIAPA CEPAT DIA DAPAT :D:D:D

    JOM ORDER SEKARANG JUGAK!

    KLIK SINI UNTUK KOLEKSI BORONG:
    http://elhyatt-borong.blogspot.com

    Saturday, April 16, 2011

    Contest gambar kawen yang anda paling suka

    Tiba-tiba terbuka hati pula nak join contest ni :)
    Tarikh tutup 24 April.
    nak join??
    klik sini ya

    Dah follow semua syarat-syarat, so here we are:

    Bukan senang nak cari gambar kawen yang paling i suka ni...sebabnye, semua pic i suka kut hehehe...godek punya godek, finally i pilih pic kat atas ni..Kenapa? sebab nampak sweet je kan. Pengantin perempuan suap kek pada ibu pengantin lelaki manakala pengantin lelaki suapkan kek pada ibu pengantin perempuan. Serentak. This moment was sooo sweet for me. Dan kalau ditilik-tilik... pic ni kelihatan seperti dua situasi yang ditampal sebelah-sebelah. maksudnye like edited picture padahal tak edit pun :):) And also i adore this wedding dress soo much!
    Credit to our photographers. Izzah n her hubby.


    Yang ni pun pic tersuka jugak :D:D:D
    Picture taken after Ijab & Qabul..Yes. Baru-baru aje sah sebagai suami isteri. So, ade sentimental value di situ *-* And also suka tengok hubby dengan inai 3 jarinye...Sbb macam xkan dapat peluang tengok beliau merelakan diri memakai inai lagi di masa akan datang... Sangat2 lah beliau tidak mahu namun terpaksa sbb nak jadi raja sehari lah katakan :):)

    Ok now nak tag 3 rakan:

    Izzah (our photog yang now tgh sarat mengandung)
    Yati Nuni ( Skool mate yang baru sebulan kawen)
    Kak Badjie
    Dan siapa2 yang baca entry ni :):)

    Wednesday, April 13, 2011

    tak sempat....

    *hobi saya senyum*
    tersangatlah sibuk dgn urusan bisnes minggu ni.
    tak sempat sgt2 nk hapdate blog.
    mcm2 nk story tp xde mase lah haih...
    nexweek akan kurang bz (hopefully)
    so akan cuba ambil masa mencoret sesuatu disini.
    walaupun tak rmai yang follow blog ni, tp seakan satu tanggungjawab lah nk mengisi ruang supaya blog ni xberhabukkk hehehe...

    see ya nextime :)

    Saturday, April 2, 2011

    Photoshoot Elhyatt Bizz Collections

    Alhamdulillah, dengan izin Allah yg Maha Memberi, selesai juga sebuah 'event' yg sudah dirancang lama> Bermula dgn Contest Pencarian Model Muslimah, kemudian diikuti dgn pemilihan pemenang, temuduga bersama model, akhirnya berakhir dgn photoshoot hari ini :)

    Terima kasih tak terhingga buat semua yg membantu.
    Models: Aziani dan Fatin
    Photographer: Nik Eiddy Karma
    Touch up make up: Mama
    Chef: Mama & Ayah
    Tukang angkatbaju: Adik2, pakcik dan makcik
    Penghibur: Raudhah Afrina Eljameela
    Penyumbang dana: Encik Nurhafiz

    event bermula kira2 jam 12 hingga 3pm.
    Lokasi adalah di Taman Denai Alam.

    Tunggu update pic photoshoot soon!!!
    ;D

    Tuesday, March 22, 2011

    TIPS : DARI SHAH ALAM NAK KE MANA?

    Saya kini menetap di Shah Alam. Asal saya dari Pulau Pinang. Sejak melanjutkan pelajaran di UM tahun 2005, saya mula belajar selok belok jalan di KL-Selangor ni. Tapi masa tu pndai jalan guna LRT/Komuter je hehe...Bila dah bawa kereta sendiri tahun 2007, barulah makin expert selok belok jalan raya.

    Saya akan berkongsi jalan-jalan utama yg biasa saya guna utk ke tempat2 tertentu. Pemilihan jalan inii adalah berdasarkan mana yang lebih cepat sampai/mengelak kesesakan lalu lintas :)

    1. SHAH ALAM KE KL (PUSAT BANDAR)
    - Paling biasa boleh guna Federal Highway. Senang sgt ikut jln ni. Terus aje smpai KL dah. Tol pun RM1.10 je. Tapi.....saya paling jarang guna laluan ni sebab jalannya sgt2lah jem. Kena bajet JANGAN ikut laluan ni kalau dalam waktu puncak :p

    -Melalui Tol Batu Tiga, RM1.10 kmudian terus ambil susur kiri dan masuk highway NPE. Yang ni bagus sebab jarang sgt jem teruk. Boleh la nk speed :) Tol NPE ada 2 kali, RM1.60 tiap satu :)

    -Melalui highway KESAS. Jalan ni agak jauh kalau nk ke KL tapi boleh jugak lah sampai. Kiranya laluan alternatif if NPE jem teruk ke...

    2. SHAH ALAM KE GOMBAK/SETIAWANGSA
    -Melalui lebuhraya NKVE.Exit tol Jalan Duta. Then masuk highway DUKE. Ni memang cepat kalau dari Denai Alam ni. 30 minit je dah sampai gombak :) Tol mahal sikit. NKVE RM3.30, DUKE RM2.00

    3. SHAH ALAM KE UTARA SEMENANJUNG
    -Dari Denai Alam ni, terus keluar highway ikut highway Guthrie pastu tembus masuk highway PLUS :)

    4. SHAH ALAM KE SELATAN SEMENANJUNG
    - Ikut highway Elite. Nanti tembus msuk PLUS di Nilai :)

    5. SHAH ALAM KE AMPANG/CHERAS
    -Nak cepat, ikut KESAS. Kalau tak jem, boleh la ikut federal highway :)

    6. SHAH ALAM KE BANGI/ PUTRAJAYA
    -Ikut Elite :)

    OK. Setakat ni dulu. Kalau ada lagi will add more nextime. Anda ingin ke mana?? :):)
    Gambar ni setelah kepenatan dlm perjalanan dari Kluang ke Endau-Rompin. Perghhh...tak nmpk highway langsung. Semua ikut jalan biasa je. Keliling ade hutan/kelapa sawit/rumah etc..(Maybe this is the reason why i came out with this entry today hehe---> BESTnyeee Shah Alam ade highway bykkkk :P:P:P)

    Wednesday, March 9, 2011

    BERSALIN CEASAREAN??

    Kadangkala anda tidak boleh melahirkan anak secara biasa dan terpaksa melalui pembedahan di abdomen dan seterusnya di rahim untuk melahirkan bayi yang dikandung.

    Prosedur ini dipanggil pembedahan caesarean. Apa yang penting, anda sihat dan anak selamat.
    Mengapa Anda Dibedah?

    “Biasanya, keputusan pembedahan dibuat setelah anda berada di bilik bersalin menjalani proses kelahiran tetapi gagal disebabkan oleh kepelbagaian faktor yang akan diterangkan oleh doktor pakar perbidanan.

    “Ada juga ibu-ibu yang memang dijadualkan secara elektif untuk kelahiran melalui pembedahan disebabkan oleh faktor-faktor lampau,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

    Lain-lain faktor yang diambil kira termasuklah permasalahan perubatan semasa dan juga mungkin kerana wujudnya masalah-masalah obstetriks (perbidanan) yang menghalang kelahiran normal.

    * Mengandung kembar/berganda - ramai ibu yang mengandung anak kembar dua melahirkan anak secara normal. Bagaimanapun, ada segelintir yang memerlukan pembedahan - bergantung bilangan janin dikandung.

    Jika lebih ramai maka kebarangkalian untuk dibedah bertambah tinggi. Kedudukan janin turut mempengaruhi cara kelahiran.

    * Proses kelahiran terbantut

    Berjam-jam lamanya anda di bilik bersalin namun kemajuan pendilatan (pembesaran organ berongga) pangkal rahim tidak berlaku, walaupun ubat diberikan untuk menguatkan kontraksi (pengecutan).

    * Masalah pada janin dikandung

    Bayi dikandung mungkin mengalami masalah di dalam rahim, bekalan oksigen tergendala, mungkin tali pusatnya terhimpit, terpulas dan sebagainya mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun.

    Ini dikesan melalui pemerhatian elektronik ultrasound yang dipasang pada abdomen puan. Seterusnya, keputusan pembedahan dibuat.

    * Masalah uri

    “Uri mungkin berada di bawah (previa plasenta) yang menghalang bayi dari keluar. Satu lagi masalah, apabila uri terpisah dari dinding rahim dikenali sebagai placenta abruption.

    “Pendarahan yang banyak berlaku, pengaliran darah serta oksigen kepada bayi terbantut, kematian boleh berlaku,’’ jelas Dr. Shah Reza.

    * Sejarah kelahiran pembedahan lampau

    Sekiranya anda sudah pun dua kali dibedah, kelahiran kali ini mestilah juga melalui pembedahan.

    Seandainya sejarah hanya sekali sahaja, keputusan kali ini bergantung banyak pada kejadian semasa pembedahan lampau.

    Contohnya, jika pemotongan pada rahim bukannya di segmen bawah secara melintang, bermakna anda tidak boleh di cuba untuk kelahiran melalui faraj.

    * Kemungkinan lain seperti saiz bayi yang besar secara relatif dibandingkan dengan tulang pinggul, kedudukan bayi songsang dan infeksi pada ibu seperti herpes genitalia (inflamasi kulit pada alat kelamin) yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran.

    Prosedur Pembedahan

    Dr. Shah Reza berkata, kebiasaannya di hospital, bilik bedah merupakan satu kawasan larangan.

    Suami tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan berada di bilik bedah di samping isteri semasa pembedahan dijalankan.

    “Jenis pembiusan mungkin secara setempat (anda sedar sepanjang pembedahan), mungkin juga pembiusan menyeluruh (anda tidur sepanjang tatacara).

    “Ini bergantung kepada penilaian doktor pakar bius. Kadangkala pembedahan dilakukan kerana kecemasan, jadi tidak sempat persediaan dilakukan seperti pembedahan-pembedahan elektif yang lain.

    Persediaan

    “Jururawat akan menyediakan anda bagi tujuan pembedahan, ubat diberikan untuk mengurangkan keasidan di dalam perut.

    “Anda dikhuatiri akan muntah dan termasuk ke dalam sistem pernafasan yang boleh memudaratkan kesihatan selanjutnya,’’ kata Dr. Shah Reza.

    Bahagian untuk dibedah akan dicuci, bulu roma yang lebih akan dicukurkan. Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam uretra (saluran air kencing) untuk mengosongkan pundi kencing.

    Ia boleh mengurangkan insiden trauma pada pundi kencing semasa pembedahan. Ia juga sebagai pengawasan sistem perkumuhan buah pinggang.

    Jarum dimasukkan ke sistem pembuluh vena di tangan untuk dimasukkan dengan cecair gantian seperti darah dan juga portal untuk ubat-ubat ke dalam badan anda, semasa dan selepas pembedahan.

    Jenis-Jenis Pembiusan

    Ia bertujuan menghilangkan kesakitan serta menenangkan anda semasa prosedur. Pembiusan, kata Dr. Shah Reza, mungkin secara menyeluruh dan juga berbentuk setempat seperti pembiusan epidural ataupun spinal, di mana anda akan sedar sepanjang prosedur.

    “Doktor pakar bius akan berbincang dengan anda mengenai jenis-jenis pembiusan yang selamat untuk anda, bergantung sama ada pembedahan tersebut jenis kecemasan ataupun secara elektif. “Yang penting kesihatan puan semasa serta keadaan bayi diutamakan,’’ kata beliau.
    Kelahiran

    Insisi dilakukan pada kulit dan tisu-tisu di abdomen.

    “Lazimnya di Malaysia, insisi (torehan) di kulit dilakukan secara melintang. Otot-otot abdomen tidak dipotong.

    “Insisi pada rahim juga secara melintang, ini mengurangkan pendarahan dan penyembuhannya bagus.’’

    Bayi akan dikeluarkan melalui insisi yang dibuat. Uri juga dikeluarkan melalui cara yang sama. Untuk kulit, jahitan dibuat, kadangkala stapel digunakan (mahal).
    Komplikasi

    Sebagaimana pembedahan yang lain, kelahiran melalui pembedahan juga berisiko. Bagaimanapun, risiko jarang berlaku dan ditangani dengan cepat serta berkesan.

    Antara risiko-risikonya adalah:

    * Infeksi boleh berlaku di rahim, tisu-tisu dalaman dan juga di kulit

    * darah boleh hilang dengan pantas dan banyak, memerlukan transfusi (pemindahan) darah

    * Insiden ketulan serta pembekuan darah berlaku di pelvis, paru-paru serta di bahagian kaki

    * Usus dan pundi kencing juga boleh tercedera

    * Reaksi pada ubat-ubat serta pembiusan yang diberikan.
    Selepas Pembedahan
    Kata Dr. Shah Reza, sekiranya pembiusan diberikan dari jenis setempat, anda boleh memegang si bayi selepas pembedahan manakala pembiusan menyeluruh memerlukan masa untuk sedar.

    Anda akan dihantar ke bilik pemulihan pembiusan, petanda seperti tekanan darah, nadi, kandungan oksigen dan lain-lain parameter akan dipantau rapat sehingga kesemuanya stabil, sebelum anda dihantar ke wad.

    Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Lazimnya, ubat-ubatan yang diberikan adalah selamat untuk penyusuan dada.

    Anda mungkin berada di wad selama tiga, empat hari. Pengawasan lanjut diteruskan walaupun sudah stabil.

    Ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain diberikan agar anda selesa dan dapat bergerak seberapa segera.
    Kembali Ke Rumah

    Doktor akan membekalkan anda dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan berjalan sempurna.

    Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga kesihatan diri, hadkan aktiviti berat.

    Anda juga mungkin mengalami:

    * Kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberikan susu dada

    * Pendarahan dan juga lelehan untuk empat hingga enam minggu

    * Pendarahan mungkin dalam bentuk ketulan dan kadangkala kekejangan berlaku semasa ketulan dikeluarkan

    * Sakit di bahagian pembedahan.

    “Untuk mengelakkan infeksi, jangan masukkan apa-apa cecair, tampon ataupun melakukan hubungan seks untuk beberapa minggu. Seorang suami yang baik seharusnya memahami keadaan isteri sekarang.

    “Berikan badan anda masa untuk sembuh sebelum aktiviti-aktiviti lazim. Senaman ringkas yang tidak menyakitkan juga boleh dilakukan,’’ kata Dr. Shah Reza.

    Segeralah berjumpa dengan doktor pakar perbidanan puan sekiranya demam berlaku, pendarahan semakin banyak, sakit yang tidak dapat dilegakan atau mana-mana pengalaman yang sebelum ini tidak pernah anda lalui.

    (artikel dipetik dari laman http://drpakar.blogspot.com)
    -----------------------------------------------------------------------

    Manis ummi- day 2

    Yang diboldkan dgn warna merah adalah sebab kenapa ummi dibedah...
    lain-lain pilihan ummi adalah:
    • Jenis pembiusan secara setempat (ummi sedar sepanjang pembedahan dan dapat melihat Raudhah keluar dari perut ummi.). Tangisan Raudhah yang pertama amat tidak dapat ummi lupakan. Selepas Raudhah dibersihkan oleh nurse, nurse tunjukkan Raudhah pada ummi. Ummi cium Raudhah dalam tangisan kegembiraan. Ya. Anak ummi perempuan :)
    • Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Ummi terus susukan Raudhah sejurus selepas operasi. Walau masih sakit yang amat sangat, ummi gagahkan juga. Raudhah anak yang cerdik. Terus saja menyusu ummi tanpa perlu diajar. Subhanallah

    ANNIVERSARY BIGGG SALE:)


    SALEEE SEDANG BERLANGSUNG!!!!
    JOM SINGGAH SINI JUGAK:
    http://elhyatt4u.blogspot.com

    Thursday, March 3, 2011

    *Singing mode*

    Ungu Lirik - Lirik Lagu Ikhlas (OST Soleha)

    saat dunia berhenti berputar
    saat manusia tak sanggup lagi berharap
    ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
    menyinari dunia yg tlah kau singgahi

    mampukah kau untuk berbagi
    tanpa hasrat ingin diberi
    di hadapanNya
    di hadapanMu ya Allah

    reff:
    sesungguhnya manusia takkan bisa
    menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya
    sesungguhnya manusia takkan bisa
    menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya
    [2x]

    very simple lyrics yet so touching :)

    Monday, February 28, 2011

    Tribute-my pregnancy look:)

    Sepanjang tempoh hamil anak pertama, memang tak byk sgt bergambar....tak tau lah ape reason utamanya. tp mgkn sbb rasa malu dgn keadaan fizikal yg sgt 'comel' ketika itu hehehe...malu nak dilihat oleh kenalan tapi diri sendiri asek posing depan cermin tgk progress perut ekeke :p

    Alkisah semasa mengandung, berat badan naik taklah banyak sgt...ade la dalam 9kg je...plik. makan taktau nak ckp la...konon utk double, tp lagaknya mcm utk triple hahaha...berselera sgt mkn slps mengalami alahan pada trimester pertama. Baby pulak lahir dgn berat 3.63kg...Jadi boleh bajetlah besar mana perut saya :D:D:D

    Entry ni adalah untuk mengenang kembali size2 perut yg pernah dimiliki~~sikitttt je gmbr yg ade.....dan gmbr2 lain ade tp kurg sesuai utk tatapan umum T_T
    Perghhh...how i missed those moments!!!masa pregnant adalah masa yg sgt best...rinduuuu sgt rasanya hehehe..oh tp sila bersabar ummi. Raudhah kecik lagi :p:p:p

    Buat sahabat2 yg pertama kali merasa nikmat mengandung...bersedialah utk mengalami segala pengalaman indah itu..anda akan jadi mcm saya juga di bwah ni hehehe :D:D

    20 weeks pregnancy: pewut tecik aje agi hehe...ni mase hari anugerah cemerlang sekolah adik..sorg dapat nombor 1, sorg dpt nombor 2..tahniah :):)

    24 weeks pregnancy: Raikan suami di majlis tauliah peguam syarie di Istana Kehakiman, Putrajaya

    26 weeks pregnancy: At The Mines celebrating my birthday and also Mother`s day (Hubby dah wish mother`s day siap2 hehehe)

    29 weeks pregnancy: At Pantai Pasir Puteh, Penang... ada hati nak mandi laut tp kena control2 lah pergerakan xleh lasak sgt risau bby dlm pewut...

    30 weeks pregnancy: At Kluang, majlis kahwin sahabat suami...

    30 weeks pregnancy: wif mom in law :)

    30 weeks pregnancy: Sehari selepas majlis diatas. Walimah sahabt di Gombak. She`s expecting bby this coming May:)

    30 weeks pregnancy: Tumpang kek tingkat orang hehe

    30 weeks pregnancy: Same day as above. saja pegang tangan hubby nk cover pewut heee


    30 weeks pregnancy:bagi bunga kat Izzah.. Amek berkat hehehe...Becoming mommy this July insyaallah :)

    After 30 weeks, perut membesar bagai dipam2..tapi hanya ade beberapa org je berjaya melihatnya scara live ekeke...ummi bertapa dgn Raudhah smpai lah habis pantang :p
    I love u honey....luv Raudhah...luv abi Raudhah jugak (",)