Pages

Sunday, May 13, 2012

Penambahan usia~~

Alhamdulillah, sungguh ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang utk mendiami bumi yang fana ini selama 26 tahun usia.

Syukur, Alllah mudahkan segalanya..Walau dalam setiap fasa kehidupan kutempuhi dgn penuh onak dan ranjau, namun sudah pasti setiap dugaan tidak terbanding dgn nikmat yg diperoleh. Maka tiada sebab untuk aku merungut atau menyesal akan segala ujian yg diberikan.

sebenarnya masih byk perkara yang belum dicapai.
byk perkara yg masih perlukan peningkatan
Semoga aku sentiasa diberi petunjuk oleh Nya.
terlalu sibuk dgn banyak hal kurasakan 24jam sehari sgt tidak mencukupi :(

seorang ibu
seorang anak
seorang isteri
seorang usahawan
seorang hamba Allah

masing-masing perlukan komitmen yg tidak kurang besarnya...


Tuesday, May 8, 2012

Melentur buluh biar dari rebungnya~~

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah...
Namun yang lebih payah adalah mendidik anak.

7 months old :)) kecik lagi xtau apa2 hehehe

Anak adalah anugerah yang didatangkan bersama 'amanah'
Sungguh, tidak mudah untuk mendidik seorang anak...
apatah lagi jika punya ramai anak.
kadang2 method didikan yang kita guna tidak boleh sama utk setiap anak.

Menginjak usia 18bulan, Raudhah dah pandai buat 'perangai'..
-menangis macam kena pukul kalau tak dapat buat apa yang dia nak
-merajuk tarik muka sedepa
-marah sambil angkat tangan konon nak pukul bila dihalang sesuatu perbuatan yang dia ingin buat
-mintak dibelikan mainan/gula2 ketika di kedai/supermarket

Tindakan di atas merupakan cara 'tarik perhatian' anak kecil terhadap ibu bapa/penjaga mereka.
apa yang boleh ibubapa lakukan sbg tujuan mendidik anak kecil yang masih belum tahu baik/buruk sesuatu:


  1. beri nasihat. Jangan jemu. Walaupun kita rasa anak yg baru usia setahun lebih tidak faham apa2, kita boleh nasihat dan terangkan setiap perbuatan yg salah/betul. dan terangkan mengapa serta akibat perbuatan yg dilakukannya. 
  2. Jangan sekali2 'membiarkan'."ala, anak kecik lagi, biarla..." Perlu tegur setiap kesalahan dan terangkan sebaik2nya walaupun mungkin si anak belum benar2 mengerti apa yang kita sampaikan
  3. terapkan sikap meminta maaf. Setiap kali anak buat salah pada org lain walaupun kesalahan kecil, anak perlu diajar meminta maaf. 
  4. Jangan memanjakan anak dengan memberikan saja apa yg diminta. Biarkan cakap2 orang sekeliling asalkan kita tahu apa yang kita rasa baik untuk anak kita.
Alhamdulillah Raudhah seorang anak yang baik. kalau buat salah, dia akan minta maaf semula ",

masa umur 14bulan :))

Suka buat2 merajuk<ikut perangai umi dia
keras hati dan degil<ikut perangai adi dia 
penyayang dan caring<ikut perangai umi dia

:):):):) 

Monday, May 7, 2012

Sudah usia 20.....


this picture was taken today = 7hb May 2012
on da way to boutique wif umi :)

Alhamdulillah, Allah sebaik2 pemberi nikmat.
Anak umi sudah genap usia 20 bulan hari ni :))
Saiz badan tak jauh beza..cuma makin tinggi n berat bertambah sedikit.
Yang berbezanya 'akal' yang makin banyakkkk dan juga sudah pandai bercakap.

umi = umm...miii
nenek = nenek
kakak = kakak
air = esh
nak = nak 
allah = allah ( in pelat sound)
bismillah =...lah
bismillahhirrohmanirohim = .......ehim
keropok = kokok

pastu dah pandai merajuk dan mintak belikan keropok, mainan etc.
kalo tak dapat, mula la muncung sedepa. hehehe

gigi sudah penuh since 18months old
rambut halus and makin panjang :)
dan pastinya masih fully breastfeed umi lagi!!!
hehuuu...
have another 4 months to stop bf..

love u sweetie ",


Semoga bisnes umi maju :))


30 April 2012
Alhamdulillah akhirnya selepas melalui pelbagai onak duri, berjaya juga umi buka akaun syarikat Nur Elhyatt Enterprise under Maybank Islamic. Selama dua tahun belakangan ini umi uruskan bisnes dengan menggunakan personal akaun sahaja. Mudah-mudahan dgn adanya akaun syarikat ini akan lebih melancarkan urusan bisnes umi.
Antara syarat membuka akaun syarikat adalah:
1.       Ada premis perniagaan
2.       Syarikat berdaftar SSM lebih 6 bulan
3.       Introducer- ada current account with maybank more than 1 year with good track record
4.       Deposit RM2000
Dan pada 4 Mei 2012, umi collect cheque book di cawangan Maybank Bndr Sri Permaisuri dan buat pertama kalinya umi issued cheque sendiri :D:D
Doakan bisnes umi berjaya JJ