Pages

Monday, March 28, 2016

Pantang story

Assalamualaikum sweethearts!

Kata org, bersalin anak ketiga ni, pengalaman dah ada. Jd taklah sesukar masa pantang anak pertama.

Alhamdulillah. Allah juga yg memberi segala kebaikan.

Sejak mengandung, dah niat nak berpantang rumah sendiri. Tapi niat saja. Tak dpt nak imagine cara pelaksanaannya. Sebab memang masa berpantang sebelum2 ni, fully duduk dgn family. Segalanya tersedia. Anak and baby pun ada org jaga. Haihhh memang manja betul. Manja amat!

Pengalaman kali ni, totally different.
Bersalin hari rabu, petang khamis dah keluar wad. Then stay berpantang rumah mama hingga ahad. Ahad malam tu, terus balik dan bermulalah episod pantang di rumah sendiri :)

Basically, amalan berpantang yg kak yati buat:
-bertungku
-pakai bengkung
-mandi air herba
-berpilis/param
-makan makanan org pantang
-pakai stokin n baju tangan panjang
-berminyak/berurut

Bertungku-
Sehari mesti bertungku sekurang2nya 40minit. Kalau dpt sejam lg bagus. Sebaiknya lps mandi. Tp sbb limitation menjaga baby kecik ni, kak yati ikut je bila ada masa free. Tak susah pun nk bertungku. Tungku je kat bahagian2 badan.
Tepi peha, punggung, atas perut, bawah kaki dsb. bertungku ni sgt bagus tau adik2... Cptkan rahim kecut, buang darah kotor, dan bg cpt selim. Hehe.
Selalu encik husband yg panaskan dan balut2. Balut tungku dgn kain je. Kain batik pun boley :)

pakai bengkung-
Awal first week, mmg rajin berbengkung. Masuk 2nd week dh skip2 jadualnya. Hehe. Tp tkpe. Pakai bengkung ni anytime. Lps pantang pun masih blh amalkan. Sebelum pakai tu, sapu dulu losyen yg sesuai. Kak yati guna losyen sejuta anugerah. Haaa, jgn sapu byk2. Sapu manja2 je. Kalo tak, mmg panas gilos org kata. Tak tahan panas, blh lap dgn tuala basah. Haha. Kakyati guna bengkung jenis strap tu jek. Org czer mmg xdptla nk guna bengkung lilit2 bagai.

Mandi air herba-
Part ni kakyati suka! Sbb lps mandi tu, mmg rasa segar dan bertenaga. Rasa nk mandi herba je setiap hari pasni. Hehe. Org pantang jgn mandi air sejukkkk. Make sure air panas yea. Rambut basuh after one week. Tu pun jgn syok sgt nk bersyampu. Basuh rambut ala2 mcm kt salon tu. Penggunaan air yg terhad. Takut sejuk badan...nnti kena demam urat. Sakit2 lenguh badan.

Berpilis/param-
Tujuannya nak elak masuk angin and buang angin sedia ada. Supaya badan cpt sihat bertenaga.
Kakyatt sapu param yg jenis serbuk tu masa first week saja. Lps tu sapu jenis mnyk n lotion kt badan. Lbh sng dan cpt. Sama jgk utk pilis. Guna jenis minyak saja. Yg penting badan tak expose dgn angin. Insyaallah selamat :)

Makan makanan org pantang-
Makanan org pantang ni, for me, kena jaga supaya tak makan makanan yg sejuk, angin, gatal dan bisa.
Gatal dan bisa tu, sebabnya czer. Czer ni nmpk mcm tkde hal..tp ia adalah sejenis major operation. Pembedahan major. Tempoh nk sembuh luka, ambil masa lama. Jd yg tu nk kena jaga betul. Luaran nmpk dh sihat pun, tp dalaman tu tak nmpk..
Sejuk dan angin, mmg kena elakkan. Badan masuk angin, atau demam urat, mmg akan efek mood dan tenaga kita. Makanan ni pun, subjektif. Ada org tak tahan makanan A, ada org boleh makan makanan A. Nk try n error, amek dlm kuantiti skit dlu. Kalo ok, teruskan. Kalo rasa lain mcm, just stop. Hehe.

Dan for bf mom, kena jaga makan supaya anak pun kekal sihat. Contohnya jgn mkn jamu (mkanan yg panas) if anak ada jaundice or ciritbirit dsb. Juga bf mom kena mkn mkanan sihat dan seimbang utk make sure production susu cukup dan berkhasiat. Alhamdulillah kakyati memang penggemar sayur. Bila makan sayur, mmg efek susu bertambah tu, sgt cpt. Tp jgn mkn sayur yg sejukkkk. Minum pula, air suam. Jgn teguk air sejuk. Ahaa. Pejam mata la tgk apa dlm fridge tu yek.

Pakai stokin/baju tgn panjang-
Baju2 seksi abaikan dulu. Hehe. Pakai kain batik (kain pelikat way better sbb lbh panjang n lebar)+ baju tgn panjang. Stokin kalau blh mmg pakai all time. Haa, ada time mcm malas nk pakai stokin, kakyati make sure kaki tu msti berselimut jgk. Yg pnting tak terdedah yea. Sblm pakai stokin, sapu mnyk kt bwh tapak kaki. Kasi panas2 sket ea. Baru best.

Berminyak/berurut-
Berminyak sentiasa, terutama lps mandi. Kakyati guna dua jenis mnyk. Minyak sejuta anugerah dan minyak herbanika nona roguy. Both mmg best. Urut tu, blh la mntk encik suami urut belakang ke, bahu ke, kaki ke. Mana2 je. Urut manja. Urut yg mak bidan, pun kena yea. Kakyati amek pakej yg 7hari. Lagi dua hari sesi berurut akan bermula. Fuhhh tak zabarrrnyeee ;)

Alhamdulillah setakat ni segalanya berjalan lancar. Kena istiqamah nk teruskan amalan dlm pantang ni, atleast lg sebulan. Badan nk pakai lama...kena jaga elok.

Tuesday, March 22, 2016

New addition in our family :)


Ahlan wasahlan.

permata hati ketiga ummi abi,

baby RAFA DIYANA ELTASNEEM BINTI MUHAMMAD NUR HAFIZ

lahir pada 16 Mac 2016, 12.15 tengahari. 3.2 kg.

Kalau kakak Raudhah dan Rania org KL, 
adik Rafa org Selangor. Hehehe
sbb adik Rafa lahir di Hospital Columbia Asia Cheras Balakong :)