Pages

Wednesday, August 24, 2011

SYURGA WANITA ADALAH DI RUMAH~~

السلام عليكم


Copy paste artikel ini kerana ianya penting untuk dijadikan pedoman. Ya, kdg kala diri banyak mengeluh, merungut dsb..

:(:(:(:(


sumber: rahsia hati nadiah , One Simple Mother

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya baca dari sebuah buku bertajuk "Kelebihan Wanita Solehah" oleh Jaffar Salleh. Buku ini milik arwah nenek saya, yang saya ambil untuk membacanya. Diharap perkongsian ini dapat menyalurkan pahala buat nenek saya yang telah kembali ke rahmatullah 6 Ramadhan yang lalu.

Rumah adalah pusat kegiatan para wanita. Rumah adalah syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka yang telah digariskan oleh Allah dan rasul.

Berbeza dengan kaum lelaki, gelanggang perjuangan mereka di luar. Segala pahala mereka ada di luar rumah. Tetapi sebaliknya bagi kaum wanita mereka dengan mudah sahaja memperolehi pahala di dalam rumah dan di sekitar perkarangan rumah mereka sendiri.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya:-

"Wanita yang tinggal di rumah bersama-sama (mendidik dan mengurus) anaknya, dia di akhirat akan tinggal bersama-sama dengan aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga."

Suatu hari Rasulullah SAW datang menziarahi anaknya, Siti Fatimah RH dan didapati Fatimah sedang menangis. Rasulullah SAW bertanya, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai Fatimah?"

Jawab Fatimah; "Wahai ayahku, aku menangis kerana aku amat letih mengisar tepung dan menjalankan kerja-kerja rumah. Sekiranya dapat, ayahanda tolonglah suruh Ali belikan seorang hamba untuk menolong segala kerja-kerja ini dan ia akan menjadi suatu kurniaan yang besar kepadaku."

Mendengarkan aduan anak itu, Rasulullah SAW sedih dan mengalirkan air mata. Baginda pun menghampiri batu pengisar tepung itu bertujuan untuk membantu anaknya dan ia mengambil segenggam gandum dan ia memasukkan ke dalam batu pengisar tersebut sambil membaca Bismillah.

Tatkala Rasulullah SAW memasukkan tepung, maka batu pengisar itu pun bergerak-gerak dengan sendirinya tanpa dipegang dan dikisar oleh tangan yang amat mulia itu, sambil batu itu mengucapkan tasbih dengan bahasa yang amat indah sekali sehingga selesai mengisar gandum itu.

Setelah habis gandum itu dikisar, Rasulullah SAW berkata kepada batu itu: "Diamlah wahai batu pengisar."

Ketika itu juga Allah telah mengizinkan alat pengisar itu boleh berkata-berkata dengan bahasa yang amat fasih sekali, ia pun berkata, "Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, sebagai seorang Rasul dan sebagai seorang yang paling amanah, bahawa akan diam selagi engkau tidak memberi jaminan kepada aku bahawa aku akan ditempatkan oleh Allah di dalam syurga dan dijauhi daripada api neraka."

Rasulullah SAW pun berkata; "Wahai batu, engkau walaupun batu tetapi engkau takut kepada api neraka."

Batu pengisar itu berkata; "Wahai Rasulullah SAW, aku telah mendengar satu ayat daripada al-Quran; wahai orang yang telah beriman, jauhilah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan pembakarnya daripada manusia dan batu-batu. Di atasnya terdapat Malaikat yang amat garang dan tidak pernah ingkar dengan perintah Allah."

Dengan sifat belas kasihan Rasulullah SAW pun mendoakan keselamatan untuk batu tersebut. Setelah selesai Nabi SAW berdoa, maka Allah mengutuskan Malaikat Jibril kepada beliau.

Kata Malaikat Jibril; "Wahai Muhammad, Tuhan yang baginya segala pujian dan Yang Maha Tinggi telah mengirimkan salam penghormatan kepadamu dan Ia sekaligus berpesan; berilah khabar gembira kepada batu itu, bahawa Allah telah melepaskan batu itu daripada api neraka dan ia diletakkan bersama-sama batu-batu syurga di dalam Istana (Mahligai) Fatimah di akhirat, di mana ia akan mengeluarkan cahaya yang terang menyinar mahligai itu bagai sinar matahari dunia ini".

Berita itu pun disampaikan kepada batu tersebut dan sambil baginda memandang anaknya Fatimah dan berkata; "Sekiranya dikehendaki oleh Allah, pengisar ini akan boleh bekerja dengan sendirinya seperti mana yang engkau lihat tadi bagi membantumu, tetapi Allah mengkehendaki engkau perolehi pahala dan Ia hendak mencatitkan kebajikan dan meninggikan darjatmu di sisinya kerana kerjamu yang amat berat dan memenatkan itu."

"Wahai Fatimah", sambung Rasulullah SAW lagi, "Kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anak-anaknya) Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka (bagi menghalang bahang api neraka itu), dan jarak di antara satu parit dengan satu parit sejauh dengan bumi".

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasakkan kepada ahli rumahnya, maka Allah akan mencatitkan pahala sebanyak yang diberikanNya kepada orang yang menangis takutkan Allah".

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatitkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah akan menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya)".

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya), Allah akan menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat". (Dalam satu riwayat lain disebut ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberikan pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian).

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat mencuci pakaian, mencuci dan membersihkan anak-anaknya, maka Allah akan membalaskan perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri-seri (di akhirat) di mata orang yang melihatnya".

-Hadis Riwayat Abu Hurairah-

Nabi SAW pada suatu hari telah bersabda kepada anaknya Fatimah;
"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, menyikat rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan siksaan ketika sakratulmaut, di dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas dari siksa neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan".

Wassalam..

Wednesday, August 17, 2011

Persiapan Raya 2011

Raya tahun ni insyaallah lebih meriahhhh dari biasa...

Semuanya disebabkan kehadiran si kenit, Raudhah Afrina Eljameela..

tahun lepas, 2010, masa 1 Syawal cik Odah baru berusia 4 hari..tau tidoooo je..

Insyaallah tahun ni, apa orang makan, cik Odah mesti nak rasaaaaa jugakk..

Baju raya ummi dah sediakan : 3 pasang baju kurung, beberapa pasang baju yg memang tak tahan tengok kena beli jugak sbb cute, dan beberapa pasang lagi baju yg dihadiahkan utknya yg masih belum pakai sbb sblm ni tak muat :D

Insyaallah juga tahun ni Cik Odah akan beraya bertudung :)
Sehingga hari ini, sudah tiga hari berturut2 cik Odah keluar bertudung dan ummi tgk cik Odah selesa.
Moga cik Odah akan terus selesa bertudung untuk hari-hari seterusnya amin..

Untuk ummi:
Ummi hanya sediakan sehelai nursing inner. Ini penting sbb nnti nk jalan2 pastu kalo kena pkai baju yg kena ada inner, lebih selesa jika pakai nursing inner untuk breastfeed Cik Odah..
lain2, ummi pakai baju sedia ada dan mungkin akan 'beli' baju di butik ummi je hehehehe. Jimat betul abi. Tak payah susah2 beli baju ummi :p

Untuk abi: Akan dapatkan sepasang baju melayu saja. Baju lain tak payah dah sbb abi selalu je shopping baju baru..Penuh dah almari dgn baju2 abi haishhhh

Keperluan rumah:
Sebab ni kali pertama ummi akan beraya dgn lebih 'Sempurna' sbg isteri dan juga ibu, ummi agak lebihkan keperluan rumah kali ni. tapi takla sampai kena tukar langsir baru, sofa baru, meja baru etc. Sederhana saja :D Yang penting, ummi buat kuih raya sendiri tahun ni. No kuih tunjuk2 ok! :p

Cinta Utara-Selatan

waaa perjalanan merentasi sepanjang lebuhraya PLUS akan berlaku nanti.
Doakan segalanya selamat dan lancar.


Amin...

Friday, August 12, 2011

Jiran Denai Alam

Zaman serba moden ni,
kenal jiran pun online je hehe
pastu baru lah beramah mesra secara offline
Mujur jiran2 Denai Alam ni up to date semua (ada tenet kan hihi)

Paling terkini mengenali Mai, seorg Account Manager di Kelana Jaya.
Beliau sedang sarat mengandung anak pertama.
Rumah selang beberapa pintu saja.

Rumah kami nombor 127, rumah Mai nombor 130 :)

Lagi satu, Fifie namanya. Sebaya.
Ada seorang bayi perempuan, nama Raudhah jugakkk :D
Raudhatul Auliya.
Rumah jauh skit. kena naik kereta jugak lah sbb penat kalo jalan hehe.
Rumah fifie besar...Corner lot.
Fifie ni businesswoman jugak.

Alhamdulillah.
Semoga di masa akan datang, dapat kenal lebih ramai lagi di kejiranan sini.

Ukhwah fillah abadan abada~~~

Saturday, August 6, 2011

Sebulan lagi???cepatnyeee



Esok, 7 Ogos 2011
My sweetheart will turn 11 months in age.
Maknanya sebulan lagi dah setahun

MasyaAllah
ummi rasa sgtttt cepat masa berlalu.

Until today, ummi nk summarize sikit progress sayang ye :):)

  • Dah dapat kaki :):)Waaa suke leww teww...dah boleh jalan anak ummi ni..tahniah tau.akhirnya berjaya juga :D
Raudhah start bertatih masa 8bln lbh.masa tu,satu tapak,jatuh.dua tapak,jatuh. tapi ummi tak marah or tak kesah sayang jatuh..pastu masuk 9 bln,dah boleh 4-5 tapak camtu.dan akhirnya masa 10bln setengah,sayang dah boleh jalan sendiri!!!see, practice makes perfect kan..
sebenarnya ummi sangat suka tgk Raudhah yg tak mudah putus asa. Ummi harap sikap ni akan berterusan sampai bila2.


  • Mula cakap ikut 'bahasa' ibunda kamu :P
hehehe..bahasa ibunda mksdnye bahasa raudhah yg ummi kena usaha nk paham.its more to isyarat or signal lah,so dat ummi leh paham.contohnye mcm bila nk susu,raudhah akan merengek yg bunyinye khas utk susu je.atau pun sayang akan angkat sebelah kaki! cute kan?ade ke angkat sebelah kaki utk mnum susu?hahaha kelako :p
Kalo nk bgtau sayang poo poo..ade jgk isyarat die. mcmana ummi tau??
ok satu mlm tu ummi buat 'eksperimen'

ummi tau dah yg sayang poo poo.tp ummi nk tggu syg bgtau sndri kat ummi.
so few minutes later, syg gomoi2 ummi then bg isyarat tersebut.
tp ummi wat dek.
ummi kata:"nak ape???bgtau lah...tak bgtau mcamna ummi nk paham..."
so syg pun ulang tindakan yg sama.

esoknya bila sayang poo poo lagi
ummi tggu syg bg isyarat tu jgk
And yes. isyaratnye sama!
ummi sengih2 sndri hehehe

Sampai 3 kali eksperimen, ummi dah boleh come out dgn satu kesimpulan lah
Hipothesis accepted!


Oh ya!
ade sayang sebut papa mama jugak.then kdg2 "miiiiii" jek. mgkn untuk singkatan ummi kot hehe
  • Menari bila dgr music dan bermain
Bila dgr music best, sayang akan 'menari'. menari gerak2 tangan dan gerak2 badan depan belakang. camtu lah...pastu syg suka men sep sep sep tom tom tom.
tepuk tangan now dah berbunyik (dulu tepuk tp takde bunyi hehehe).

  • Salam, tata(goodbye), dan isyarat2 lain yg mudah
All these actions sayang dah pandai buat.

  • 7 batang gigi
Sejak usia 10 bulan, syg ade 7 gigi dah. alhmdulillah wlaupun ade byk gigi,syg tak gigit ummi masa menyusu. cuma kadang2 tu bila tertido tgh menyusu,sy akan tergigit ummi. adeh. sakittt sgt :(

dan sebab ade byk gigi, syg mmg tak suke mkn mknan bayi. sbb mknan bayi lembik2 takleh gigit kan. So ummi used to give ptongan carrot,epal atau apa2 sayur dan buah yg best utk syg mkn. French fries n nugget pun raudhah dah pndai mkn. senang lah nk bwk gi kfc nnti :p

  • Rambut lurus yang halus dah tumbuh byk jugak cuma belum boleh ikat :D

Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan Kareem

Hari ni hari ke lima puasa..
lambat skit nk buat ucapan hehehe..
sibukk lah sgt apa nk buat :(:(

Ramadhan kali ini amat bermakna buat ummi.
Sbb ni kali pertama sambut Ramadhan dgn Raudhah.
Dan boleh dikatakan Ramadhan pertama jugak sambut dgn abi.
Kenapa??

nanti ummi cerita next entry,insyaallah :)

Ummi berazam untuk sediakan juadah berbuka dan sahur sebaiknya.
Alhmdulillah ummi kerja dari rumah, jadi hal ini memudahkan urusan ummi memasak.
Selain mendapatkan berkat dan kemuliaan ramadhan sebagai seorang isteri,
ummi juga nk tajamkan skill memasak ummi.hehehe..
Moga Allah memudahkan kerja ummi.

Sehingga kini ummi mcm dah ingt2 lupa apa yg ummi masak utk abi.
Meh nk list kan so nnti takla asek ulang resepi sama.

------------------------------------------------------------
Day 1 sahur: Kari ayam,sayur sawi cina,telur dadar
Day 1 iftor: Sambal tumis udang, ayam berempah masak madu, sayur kobis
Day 3 sahur:sardin,kacang panjang goreng,ikan masin
Day 3 iftor: Kari ikan,sotong halia masak kunyit,sayur campur,ikan goreng
Day 5 sahur: Sambal ikan bilis,tempe goreng,kacang panjang goreng

Buat permulaan, sekurang2nya selang sehari ummi akan masak untuk berbuka.
Dan sahur pula, ummi akan masak walaupun seringkas mungkin.

cite pasal masak je...
tarawih ummi mcmana??

Tarawih pertama ummi dan abi ke masjid shah alam(tak bwk raudhah)
Tarawih kedua di surau kat rumah(ummi bwk raudhah) tp ummi dpt jemaah trawih 2 rakaat je.
kenapa???

nnti ummi cite next next entry :p

Jadi ummi tarawikh di rumah je kalo xde sape yg ada nk tgkkan raudhah.

tp nnti ummi nk bwk raudhah gi surau lagi.
xpe je kalo dpt 2 rakaat pun.
yg penting niat ummi nk raudhah dpt suasana baru.
Yes, u`ve learned sooo fast dear.

ummi bersyukur sangat.
Alhmdulillah ya Allah.

p/s: moga dpt ummi khatam Alquran juga, insyaallah amin..