Pages

Friday, February 11, 2011

MAAHAD TAHFIZ AZ-ZAHRAH

gambar sekadar hiasan :)

Bermula minggu kedua Januari, setiap Jumaat saya akan berada di sebuah tempat yang indah...damai...aman...

MAAHAD TAHFIZ AZ-ZAHRAH

Menjadi guru sambilan akademik subjek Sains di sekolah tersebut, saya amat berterima kasih dan bersyukur dengan peluang yang Allah bukakan. Sungguh, perancangan Allah itu yang terbaik. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan sekolah ni. Maklumlah...jauh di Hulu Langat. Siapa pernah ke Sungai Congkak, tempat ni dalam 6km sebelum sampai ke Sungai Congkak :):)

Nama saya dicadangkan oleh salah seorang parents-Kak Aan kepada pihak pengurusan sekolah. Saya pernah mengajar home schooling anak Kak Aan tahun lepas. Dan anak Kak Aan kini belajar di sekolah tersebut. Setelah berbincang dgn pihak pengurusan, awalnya agak keberatan untuk terima tawaran ini. Faktor utama sebab lokasi nye jauhhh sgt. Dari Denai Alam ni, ade lah dlm 70km. Pastu jalan kat ctu sempit, xleh nk speed..pastu fikir Raudhah lagi... tapi atas pujukan mereka, saya cuba pergi kali pertama untuk tengok-tengok tempat (atau lebih tepat lagi nak confirmkan keputusan)

Masa tu 80% hati kata 'PLIS SAY NO..' tapi bila melihatkan pelajar-pelajar hafizah ni..rasa diri ini cam...Ya Allah ruginya kalau aku tak jadi salah seorang guru yang pernah mengajar mereka...Jadi salah seorang yang pernah menyampaikan ilmu pada mereka..dan moga-moga jadi antara yang didoakan mereka..Sungguh,hati dah dilembutkan untuk terima twaran itu. Tambah pula guru-gurunya yang baik, pelajar-pelajar yang mesra dan menghormati, serta kemudahan yang diberikan oleh pihak pengurusan. Ya, Raudhah boleh dibawa ke sekolah :):)

Maka setiap Jumaat, saya mengajar selama 6jam (sengaja mengepackkan masa sbb taknak datang mengajar byk kali :D) dari jam 12 hingga 7malam...Moga diriku istiqamah mendidik anak-anak yang bertuah ini :)

Sedikit info mengenai Maahad Tahfiz Azzahrah:

Sebuah sekolah tahfiz, perempuan sahaja. Semua pelajar tinggal di asrama. Lokasi sangat best. Di kawasan dusun durian, jauh dari hiruk piruk kota.(Tapi nak ke ampang dlm 20km je)Sesuai untuk menuntut ilmu agama.Tanah asalnya diwakafkan oleh seorang budiman. Belajar akademik sbg tambahan subjek sahaja. Tiada exam UPSR, PMR. SPM bagi pelajar yang layak dan atas keinginan sendiri. Yuran sangat berpatutan. Maksimum pelajar hanya 66 orang sebab asrama tak mampu tampung lebihan pelajar (Ramai lagi still under waiting list nak masuk).Alhamdulillah sudah melahirkan rmai hafizah yang juga berjaya dalam akademik dan mampu menjadi seseorang.

Esok-Sabtu ada jemputan dari pelajar yang akan adakan majlis khatam alquran..2 orang. Maha Suci Allah..betapa kerdilnya rasa diri ini... Kanak-kanak sudah boleh menghafal Al-quran 30 juzuk..aku???Juz 30 pun....:(:(:(:(

7 comments:

  1. alalaaaa comelnye raudhah...dh ank dara dahg ha....eh,yatt pegi sn drive sndr? raudhah xkcau?

    smoga di berkati...amin

    ReplyDelete
  2. hihihi..hmm sy mintak mak temankan. so kat sana mak leh jaga skali :) ade jugak kdg2 sy tinggalkan raudhah kat umah ngn mak. so drive sensorg je. tgk mood budak kcik tu cane.:D

    ReplyDelete
  3. salam..yatt, fifi ngn hubby pun ade niat nak hantar raudhah kami ke sekolah tahfiz..nak die jadi hafizah...

    ReplyDelete
  4. salam,saya dh lihat persekitaran sekolah ini.memang amat damaikan dan amat sesuai untuk belajar.tapi saya tak mamp menghantar tiga puteri saya ini...huhu

    ReplyDelete
  5. Puan Ayu:
    Wasalam.Puan Ayu ni Puan Rahayu Kandar ke?:)

    ReplyDelete
  6. boleh dapatkan no. tel sekolah ini?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Puan, sy sdg mencari sekolah tahfiz utk anak perempuan sy dan terjumpa blog puan ni. Kl tak keberatan, blh sy dptkan no tepon dan juga alamat sekolah tu. Jazakillahukhairan...

    ReplyDelete